120 PESERTA MEMERIAHKAN UPM OPEN NETBALL CHAMPIONSHIP 2023 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » 120 PESERTA MEMERIAHKAN UPM OPEN NETBALL CHAMPIONSHIP 2023

120 PESERTA MEMERIAHKAN UPM OPEN NETBALL CHAMPIONSHIP 2023

Oleh: Nur Ainun Syahirah Binti Abdul Rahman

SERDANG 7 Januari, - Modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi dapat diwujudkan melalui penyertaan secara proaktif dan kreatif dalam bidang kokurikulum iaitu UPM Open Netball Championship 2023 anjuran Kursus Kokurikulum Bola Jaring (QKS 2113) dengan kerjasama Karnival Sukan.

Ybhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, UPM Open Netball Championship 2023 tersebut diadakan bagi memberi pengalaman kepada para pelajar untuk menganjurkan program-program yang melibatkan komuniti dan menyemai semangat kerjasama antara para peserta serta melatih pelajar untuk mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

Program ini dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan subjek Bola Jaring (QKS 2113) serta memberi peluang kepada pelajar untuk menguruskan aktiviti berskala besar dengan lancar.

Kejayaan program ini adalah usaha para pelajar Kursus Kokurikulum Bola Jaring (QKS 2113) di bawah bimbingan Fasilitator iaitu Puan Juriah binti Othman untuk memastikan program tersebut dijalankan secara lancar dan menarik minat sebanyak 120 peserta, iaitu telah melebihkan sasaran 100 peserta sehingga memeriahkan program tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah pertandingan bola jaring antara 12 pasukan secara sistem “Liga” dan seterusnya sistem kalah mati, setiap pusingan diberikan masa 15 minit (7-1-7), dan tiada kecederaan serius berlaku pada hari tersebut, iaitu 7 Januari 2023 di Gelanggang Bola Jaring, Makmal Kinesiologi, Jabatan Pengajian Sukan, Universiti Putra Malaysia.

Program ini mampu mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan pelajar serta memberi pengalaman dan pendedahan kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan sesuatu program melalui kemahiran yang telah pelajari dari program tersebut.


Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang


Gambar bersama pemain

Tarikh Input: 07/03/2023 | Kemaskini: 07/03/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdWAi~