1800 Peserta Memeriahkan Program “Let’s Talk With Handball’s Referee” | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » 1800 Peserta Memeriahkan Program “Let’s Talk With Handball’s Referee”

1800 Peserta Memeriahkan Program “Let’s Talk With Handball’s Referee”

Oleh: Norsuhaila Che Shamsuddin

SERDANG 12 Jun 2021 - Kelas Bola Baling (QKS2103) Kumpulan 1 Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu program Let's Talk with Handball's Referee bersama 3 orang panel jemputan khas yang diadakan secara atas talian di laman Facebook Live dan Streamyard bermula jam 8 malam sehingga 10:30 malam dengan jumlah peserta seramai 1800 orang.

Penganjuran oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) ini adalah satu inisiatif untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kerjaya seorang pengadil sukan bola baling dan berkongsi pengalaman pahit manis sepanjang berkecimpung dalam profesion ini.

 

Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Pengadil, Pertandingan dan Teknikal Malaysia Handball Federation (MAHF), Md Suhaidi bin Md Sabar berkata program ini dijalankan bagi memastikan generasi muda pada masa kini mengetahui akan selok belok sukan bola baling ini secara mendalam dan sekaligus dapat meningkatkan lagi penyertaan masyarakat terhadap sukan bola baling yang semakin hari semakin kurang sambutannya.

 

Beliau berkata, dalam mendepani cabaran teknologi pada masa kini, aktiviti sukan bola baling kini kurang mendapat sambutan. Dengan adanya program tersebut, beliau mendapati bahawa penyertaan masyarakat terhadap program tersebut amatlah memuaskan kerana hampir 1800 orang telah mengikuti program tersebut walaupun hanya secara atas talian dan ini sekaligus menunjukkan kejayaan program ini dalam usaha untuk menarik minat masyarakat  akan sukan bola baling.

 

Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkongsian bual bicara bersama pengadil-pengadil jemputan iaitu En. Fazrul Kamat dan En. Syed Hazmani Syed Sagap, sesi soal jawab dan sesi permainan menggunakan “Kahoot” yang menawarkan hadiah berupa totebag custom kepada para pemenang.


Program ini telah mencapai objektif dengan mampu memberi pendedahan kepada pelajar mahupun masyarakat luar akan undang-undang sukan bola baling dan melahirkan kesedaran di kalangan mahasiswa dan mahasiswi terhadap kepentingan mematuhi undang-undang semasa bermain sukan serta menjelaskan pandangan tentang hukuman kepada pemain-pemain daripada perspektif seorang pengadil.

 

Disediakan oleh:Norsuhaila bt Che Shamsuddin

Tarikh :19 Jun 2021

Tarikh Input: 23/07/2021 | Kemaskini: 23/07/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDcWA4~