500 MAHASISWA MEMERIAHKAN PROGRAM BUAL BICARA PERTUKARAN PELAJAR 2022 SECARA DALAM TALIAN, DENGAN TEMA “MAHASISWA ASPIRASI GLOBAL” | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » 500 MAHASISWA MEMERIAHKAN PROGRAM BUAL BICARA PERTUKARAN PELAJAR 2022 SECARA DALAM TALIAN, DENGAN TEMA “MAHASISWA ASPIRASI GLOBAL”

500 MAHASISWA MEMERIAHKAN PROGRAM BUAL BICARA PERTUKARAN PELAJAR 2022 SECARA DALAM TALIAN, DENGAN TEMA “MAHASISWA ASPIRASI GLOBAL”

Oleh : Siti Maryam Binti Mohd Yazid


SERDANG, 8 Januari 2022 – Program bual bicara semakin mendapat tempat di hati para mahasiswa dan hal ini terbukti dengan kehadiran mahasiswa dan orang awam untuk memeriahkan Program Bual Bicara Pertukaran Pelajar 2022 anjuran pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Seni Penghujahan (QKT2101) Kumpulan 1 dengan kerjasama bawah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM serta Pusat Kokurikulum dan pelajar UiTM Kampus Rembau.


Panel pembentangan Seni Penghujahan (QKT2101) Kumpulan 1, Puan Arba’ah binti Mohd Salleh berkata program tersebut diadakan bagi mengasah dan mengembangkan kemahiran insaniah seperti nilai kepimpinan, komunikasi, dan semangat berpasukan dalam diri pelajar serta memberi perkongsian yang lebih meluas mengenai cara-cara pertukaran pelajar universiti dalam kalangan pelajar dan komuniti. Beliau berkata, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan peluang dan memberikan pengalaman kepada pelajar dalam mengendalikan program komuniti secara norma baharu iaitu secara atas talian. Komunikasi atas talian juga meningkatkan kecekapan kerja dan keberkesanan kos.


“Ini adalah sebahagian daripada usaha pihak universiti untuk memastikan mahasiswa-mahasiswa dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui program ini. Selain itu, program pertukaran pelajar membolehkan pelajar mengenali budaya negara lain. Hal ini disebabkan setiap negara mempunyai budaya unik dan tersendiri yang patut dipelajari oleh masyarakat negara lain.” kata Puan Arba’ah semasa upacara perasmian Program Bual Bicara Pertukaran Pelajar 2022 secara dalam talian melalui platform Youtube yang ditonton kira-kira 500 orang mahasiswa dan orang awam pada 8 Januari 2022.

Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk tontonan para mahasiswa dan orang awam. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival adalah “Virtual Cultural Exchange Booth” (Malaysia, Egypt, China), sesi soal jawab mengenai budaya negara-negara tersebut, Kahoot game, persembahan-persembahan daripada pelajar UPM and UiTM, dan mini debat yang membawa tajuk ‘Adakah program pertukaran pelajar adalah sesuatu yang tepat dijalankan pada masa pandemic ini?’. “Program ini mampu memberi banyak faedah salah satunya adalah pertukaran budaya. Selain itu, para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru untuk kebaikan negara mereka. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik genersi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pendapat. Pelajar akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya. Teknologi yang berkembang di luar negara dapat dibawa ke Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar.” kata Penolong Pegawai Kokurikulum Uitm Kampus Rembau, Encik Al-Ariff Johan bin Mohd Sabri yang turut hadir semasa upacara penutupan program.

 

GAMBAR

 

Sesi berinteraksi bersama penonton sebelum pembukaan program.

Sesi perlancaran program oleh Puan Arba’ah MD Salleh.

‘Virtual Cultural Booth’ di Egypt.

Sesi soal jawab bersama penyampai ‘Virtual Cultural Booth’ Malaysia.

 

Sesi soal jawab bersama penyampai ‘Virtual Cultural Booth’ Egypt.

Sesi pembentangan ‘Virtual Cultural Exchange’ di China dari para pelajar China.

Sesi soal jawab bersama penyampai ‘Virtual Cultural Booth’ China.

Aktiviti permainan Kahoot bersama penonton.

Sesi permainan Kahoot telah bermula.

Martyn Lim, pelajar UPM sedang memperlihatkan kebolehannya dalam seni magik.

 

 

Disediakan oleh :

NAMA : SITI MARYAM BINTI MOHD YAZID

TARIKH : 9/1/2022

 

Tarikh Input: 29/01/2022 | Kemaskini: 25/12/2022 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdOAr~