Dianjurkan Secara Maya, Program Vaksin Covid-19: Di Mana Sukarelawan IPT? Capai Matlamat | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Dianjurkan secara maya, program Vaksin Covid-19: Di mana Sukarelawan IPT? capai matlamat

Dianjurkan secara maya, program Vaksin Covid-19: Di mana Sukarelawan IPT? capai matlamat

SERDANG - Dalam mendepani fasa baharu Covid-19 iaitu fasa penemuan dan penerimaan vaksin Covid-19, terdapat segelintir masyarakat yang masih berada dalam belenggu keraguan dan kesangsian terhadap vaksin tersebut.

Justeru, atas rasa tanggungjawab sebagai masyarakat Malaysia, pelajar Kursus Pembangunan Kesukarelawanan (Kumpulan 3) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program kesedaran secara maya bertujuan membantu menyebarkan kefahaman dan memupuk kesedaran berkaitan kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 tersebut.  

Program bertajuk Vaksin Covid-19: Di mana Sukarelawan IPT? yang dirasmikan Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Prof Madya Dr Siti Suriawati Isa telah berlangsung menerusi platform Zoom dan Facebook, 10 April lalu dengan menjemput dua panel pakar dan hebat dalam bidang masing-masing untuk perkongsian ilmu bermanfaat.

Panel-panel tersebut adalah Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar dan Doktor Pakar Kesihatan Tropika/Parasitologi yang juga pensyarah UPM, Prof Madya Dr Malina Osman manakala moderatornya Ketua AJK Protokol Kursus Pembangunan Kesukarelawanan (Kumpulan 3), Nuraeisa Sofea Noor Azimi.

Dr Siti Suriawati dalam ucapannya berkata, program Vaksin Covid-19: Di mana Sukarelawan IPT? merupakan inisiatif yang amat baik bagi meningkat kadar keterlibatan ahli masyarakat terutamanya mahasiswa IPT dalam membantu menyebarkan kefahaman dan memupuk kesedaran berkaitan kepentingan pengambilan vaksin Covid-19.

"Pemahaman dan keterlibatan yang tinggi ahli masyarakat di dalam bidang kesukarelawanan juga amat penting bagi memastikan agenda kerajaan dalam memulihkan pandemik dan isu kesihatan awam ini dapat mencapai objektif sasaran dan melandaikan kadar keberjangkitan," katanya.

Tarikh Input: 25/04/2021 | Kemaskini: 25/04/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdGAw~