GET TO YOU: SURVIVORS | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » GET TO YOU: SURVIVORS

GET TO YOU: SURVIVORS

Oleh: Nuha Binti Abd Hamid

ATAS TALIAN (YOUTUBE), Perancangan sebelum - Setiap ahli Kumpulan 1 Pengakap Kelanasiswa UPM mengadakan perbincangan dan berkongsi idea untuk menghasilkan program komuniti yang bertajuk “Get To You: Survivors”. Maka bermulalah perbincangan berkaitan intipati program kamuniti ini. Setelah itu, ahli - ahli kelanasiswa telah diagihkan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai tanggungjawab tersendiri bagi menjayakan program ini. Selain itu, hasil daripada perbincangan bersama, program komuniti ini juga akan diadakan seiring dengan aktiviti - aktiviti lain agar program ini menjadi lebih meriah, di samping ianya dapat menarik minat masyarakat untuk bersama - sama menyertainya. Walaupun perbincangan ini berlangsung secara atas talian sahaja, setiap peserta berjaya memberikan komitmen yang amat membanggakan.

Perancangan semasa pula, setelah mendapat kata sepakat, ahli Kumpulan 1 Pengakap Kelanasiswa IV telah bersetuju bagi menambah beberapa aktiviti dan pertandingan yang menarik bagi menggalakkan penyertaan daripada masyarakat awam. Antara aktivitinya adalah, akan diadakan forum yang bertajuk “Getting To Know You : Scout Contribution” yang dilaksanakan sebelum majlis perasmian program komuniti ini. Forum tersebut dijayakan dengan kerjasama daripada dua panel jemputan yang berwibawa iaitu Puan Nor Azlin Binti Mat Nor selaku Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan - Scout Go Solar Malaysia dan Skip Kolonel (B) Ramli Bin Abd Hadis, selaku Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Kebajikan dan Kemasyarakatan, Persekutuan Pengakap Brunei Darussalam. Melalui forum ini, para peserta telah mendapat pelbagai info dan pengetahuan baru yang amat berguna dan dapat dilaksanakan juga dipraktikkan dalam cara hidup norma baru kini. Selain itu, pertandingan video pendek juga berjaya dilaksanakan menerusi aplikasi TikTok yang bertemakan Vaccine: Yes or No?. Ianya telah berlangsung seminggu lebih awal daripada tarikh forum dilaksanakan. Pertandingan ini telah melibatkan belia yang berumur antara 13 hingga 22 tahun. Sejurus selesai aktiviti forum tersebut, maka berlangsunglah majlis perasmian program komuniti “Get To You : Survivors” yang telah dirasmikan oleh  YBhg. Prof Madya. Dr. Hj. Mustaffa Bin Ibrahim selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) merangkap Pesuruhjaya Daerah KLKM UTHM.

Bagi perancangan selepas pula, kami telah mengumumkan pemenang bagi pertandingan video pendek Vaccine: Yes or No? beserta tayangan video mereka di Youtube dan TikTok. Selain itu, kami juga telah mengumpul maklum balas daripada peserta program ini untuk penambahbaikan bagi program yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang. Di samping itu, para peserta dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mereka seperti kemahiran komunikasi dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, program komuniti ini dilaksanakan bertujuan bagi memenuhi syarat dan arahan yang telah ditetapkan oleh universiti bagi subjek Kokurikulum Berkredit Pengakap Kelanasiswa ini. Selain itu, projek ini juga melibatkan pemarkahan untuk setiap pelajar yang mempengaruhi nilai CGPA pelajar. Pelaksanaan program ini bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan tugasan, malahan ianya bertujuan bagi memberikan informasi juga input baru kepada para peserta dan semua lapisan masyarakat.

 

Gambar 1. Perbincangan mengenai perancangan sebelum melalui atas talian.

 

Gambar 2. Forum “Getting To Know You : Scout Contribution” Dan Perasmian Program Komuniti “Get To You : Survivors”.

 

Gambar 3. Majlis Perasmian Penutupan.

 

Disediakan oleh:

 

NAMA : NUHA BINTI ABD HAMID

TARIKH : 1 JULAI 2021

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETGAn~