JALINAN KASIH HUBUNG PELAJAR DENGAN KOMUNITI | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » JALINAN KASIH HUBUNG PELAJAR DENGAN KOMUNITI

JALINAN KASIH HUBUNG PELAJAR DENGAN KOMUNITI

Oleh : Nuha Shahira

ATAS TALIAN 12 Jun – Kesedaran meyumbang semula kepada masyarakat atau komuniti bukanlah sesuatu perkara yang baharu lagi dan telah mula mendapat tempat hati di kalangan masyarakat dan ini terbukti dengan sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar Bakti Siswa kumpulan 19 dan orang awam yang telah sukarela untuk menderma atau memberi sumbangan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM 1541.00  untuk salah satu aktiviti kempen kesedaran di dalam Program Jalinan Kasih Aidilfitri anjuran pelajar kursus Ko-Kurikulum Berkredit Bakti Siswa (QKK2101) kumpulan 19 dengan kerjasama Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad sebagai target komuniti yang dipilih sebagai penerima sumbangan.

Fasilitator kursus Ko-Kurikulum Berkredit Bakti Siswa kumpulan 19, Syed Faizal berkata, salah satu objektif program komuniti  Jalinan Kasih Aidilfitri ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui konsep pengurusan dan perlaksanaan sesebuah program yang berskala besar dengan lancar dan juga paling penting perlaksanaannya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai termasuk pelajar juga kepentingan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Beliau berkata, dalam mengharungi norma baharu ketika pandemik Covid 19, sebagai masyarakat yang membangun, kita hendaklah sentiasa peka dan berusaha melakukan usaha yang dapat menyumbang semula kepada komuniti tidak kiralah melalui medium apa sekalipun.

Oleh itu, bertepatan dengan perkara tersebut, perlaksanaan program ini adalah sebahagian usaha pelajar Bakti Siswa kumpulan 19 untuk sama-sama membantu memberi dan meyebarkan kesedaran untuk membantu pihak yang memerlukan dengan giat secara atas talian terutama dalam musim perayaan Aidilfitri ini dengan pelbagai cara melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah di dalam Program Jalinan Kasih Aidilfitri di mana terdapat banyak maklum balas yang positif daripada peserta yang gembira dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program Jalinan Kasih Aidilfitri adalah sesi bual bicara bertopik ‘Kindness in the midst of pandemic’, permainan atas talian Kahoot, penyerahan derma yang telah berjaya dikumpul yang terbahagi kepada dua jenis sumbangan iaitu derma untuk pihak pengurusan Pusat Jagaan Telaga Kasih dan juga duit raya untuk anak-anak Pusat Jagaan Telaga Kasih, seterusnya pembikinan dan penayangan video ucapan Selamat Hari Raya yang terbuka kepada semua pelajar dan orang ramai.

Gambar 1. Sesi bual bicara ‘Kindness in the midst of pandemic’

 

Gambar 2. Permainan atas talian Kahoot

 

“Giving back to society” membawa maksud menyumbang semula kepada masyarakat tidak kiralah melalui apa medium sekalipun sama ada melalui menderma, kegiatan sukarelawan, menyumbang pengetahuan dan kemahiran serta sekecil-kecil amalan baik, hal ini bukan sahaja memberi kebahagian dan manfaat kepada komuniti yang memerlukan tetapi juga memberi kebahagian dan kepuasan kepada diri kita”, kata Encik Ahmad Hakym Ahmad Hilmy, Pengasas Kl Sketch Nation, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar sebagai panel jemputan bagi sesi bual bicara di dalam program Jalinan Kasih ini yang menggunakan seni sebagai medium bagi mereka membantu golongan yang memerlukan.

Gambar 3. Video ucapan Hari Raya

 

DISEDIAKAN OLEH: NUHA SHAHIRA BINTI SAHRUL HASLAN

TARIKH : 20/6/2021

Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 30/07/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEXOAv~