Kolaborasi UPM Dan UITM Memeriahkan Sambutan Hari Raya | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Kolaborasi UPM dan UITM memeriahkan sambutan Hari Raya

Kolaborasi UPM dan UITM memeriahkan sambutan Hari Raya

Oleh: Farah Dayana Binti Khairol Anwar 

SERDANG 5 Jun, Seramai 40 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) daripada Kursus Seni Penghujahan (QKT2101) mengadakan program Sambutan Hari Raya Secara Maya dengan anjuran bersama 39 pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) Kursus Fundamental Skills for Facilitators (HPD139).

Objektif program ini adalah untuk mengasah dan mengembangkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar serta menggalakkan pelajar dan komuniti untuk berhujah, menyatakan pendapat di hadapan khalayak ramai dan meningkatkan tahap keyakinan dan penghujahan para pelajar melalui sesi perdebatan.

Impak program ini kepada para pelajar adalah pelajar dapat mengadakan program -secara maya dengan berkolaborasi bersama-sama dengan kerjasama pelajar UPM dan UITM serta memperoleh pengalaman menganjurkan program komuniti secara maya. Selain itu, impak kepada komuniti pula dapat memberi keyakinan kepada komuniti bahawa potensi menjalankan program hari raya secara atas talian akan menjadi meriah dengan bantuan pelbagai pihak.

Pengarah program UPM, Fong Ying Jie berkata program ini boleh dijayakan kerana mendapat sambutan daripada para pelajar dan komuniti luar kampus yang sudi melihat siaran langsung di Facebook Live supaya suasana sambutan Hari Raya meriah seolah-olah menyambutnya secara fizikal. Oleh itu, para penonton boleh menikmati dan mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan sebagai tanda sokongan kepada pihak penganjur yang menganjurkan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah persembahan-persembahan melalui tayangan video, perlawanan debat persahabatan antara UPM dan UITM, pertandingan baju raya terbaik, slot talk show raya, dan pertandingan kuiz kepada semua peserta termasuklah orang luar. 

Program ini juga menyediakan sijil penyertaan kepada para peserta dalam aktiviti tertentu dan para penonton sebagai tanda penghargaan dalam bersama-sama menjayakan program ini secara maya.

 

Disediakan oleh :Farah Dayana Binti Khairol Anwar

Tarikh: 18 Jun 2021

 

Tarikh Input: 28/07/2021 | Kemaskini: 28/07/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETLAn~