PELAJAR KOKURIKULUM BADMINTON BERJAYA MENGENDALIKAN BUAL BICARA BERSAMA TOKOH BADMINTON DAN PENCERAMAH UNDANGAN | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PELAJAR KOKURIKULUM BADMINTON BERJAYA MENGENDALIKAN BUAL BICARA BERSAMA TOKOH BADMINTON DAN PENCERAMAH UNDANGAN

PELAJAR KOKURIKULUM BADMINTON BERJAYA MENGENDALIKAN BUAL BICARA BERSAMA TOKOH BADMINTON DAN PENCERAMAH UNDANGAN

 

Oleh: Ajk Publisiti Program Kursus Badminton (QKS 2101) Kumpulan 2

SERDANG 19 Jun 2021 - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui kursus Badminton (QKS 2102) kumpulan dua telah berjaya mengadakan satu projek komuniti iaitu bual bicara bersama tokoh badminton dan penceramah undangan yang bertemakan “Kekal Sukan, kekal sihat ! ”. Program ini berjaya dilaksanakan dengan hasil kerjasama pelajar kursus badminton (QKS 2102), pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kelab Badminton Harimau Desa.

Seramai 111 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar kursus Badminton (QKS 2102) kumpulan dua, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga komuniti sejagat. Program ini telah dijayakan secara maya atau atas talian menerusi aplikasi “Microsoft Teams”. Seterusnya, program ini mempunyai beberapa slot yang terdiri daripada acara perasmian,bual bicara bersama tokoh sukan badminton serta penceramah undangan dan acara penutupan. Program ini bermula seawal jam 9 pagi yang dimulakan dengan pendaftaran peserta sebelum bermulanya slot pertama iaitu Perkongsian Bersama Pakar Pemakanan dan Nutrisi Komuniti Prof. Madya Dr. Chin Yit Siew yang juga merupakan seorang pensyarah di Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Gambar 1. Perkongsian Bersama Pakar Pemakan dan Nutrisi Komuniti Prof. Madya Dr. Chin Yit Siew.

 

Selepas itu, program diteruskan lagi dengan slot kedua iaitu sesi temu bual bersama penceramah undangan yang juga merupakan pengurus Kelab Badminton Harimau Desa iaitu Tuan Abdul Raziff Bin Muhammad Radzi. Menerusi sesi bual bicara tersebut, beliau telah berkongsikan bersama para peserta tentang pengalaman serta cabaran-cabaran yang dihadapi beliau sepanjang bergelar pengurus kelab badminton tersebut. Beliau berkata, untuk menjadi seorang pengurus kelab badminton itu bukanlah suatu perkara yang mudah kerana pengurus sesebuah kelab sukan itu perlu mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan juga perlu mahir dalam membahagikan masa kerana beliau juga mempunyai pekerjaan tetap disamping menjadi pengurus Kelab Badminton Harimau Desa. Menurut beliau lagi, sepanjang pandemik ini pelbagai cabaran perlu beliau dan juga kelab tersebut tempuhi kerana kebanyakan aktiviti yang biasa dilakukan bersama ahli-ahli kelab seperti sesi latihan badminton tidak dapat dilakukan demi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini bagi membantu mengekang penularan wabak Covid-19 yang berleluasa di Malaysia.

Gambar 2. Sesi temu bual bersama pengurus Kelab Badminton Harimau Desa iaitu Tuan Abdul Raziff Bin Muhammad Radzi.

Sehubungan dengan itu,program ini diteruskan lagi dengan slot ketiga iaitu sesi perkongsian bersama saudara Ameer Amri Zainudin dan Mohd Faris Zaim Abdul Khalid yang merupakan pemenang pingat emas acara sukan Majlis Universiti Malaysian (MASUM) 2019, 2020.Di dalam slot ini , mereka berkongsi bagaimana mereka boleh berminat dalam sukan badminton dan mereka juga berkongsi pengalaman pahit dan manis mereka di dalam bidang sukan badminton ini.Bual bicara kemudian diteruskan lagi dengan acara utama program ini iaitu sesi bual bicara bersama tokoh badminton iaitu Iskandar Zulkairnanin yang merupakan pemain badminton professional negara. Ketika sesi ini berlangsung , beliau didapati berada di Ireland kerana terdapat urusan disana. Walaupun beliau berada di luar negara dengan perbezaan masa yang agak jauh , beliau tetap kelihatan bersemangat dalam menjawab segala soalan yang diajukan.Beliau telah banyak berkongsi tentang pengalaman beliau dan telah memberi beberapa tips penting untuk para peserta program ini.

Gambar 3. Sesi perkongsian oleh Ameer Amri Zainudin dan Mohd Faris Zaim Abdul Khalid,pemenang pingat emas acara sukan Majlis Universiti Malaysian (MASUM) 2019, 2020.

 

Gambar 4. Sesi perkongsian bersama tokoh sukan badminton,Iskandar Zulkarnain (Pemain Badminton Professional Negara).

 

Akhir sekali, program diteruskan dengan slot yang terakhir, iaitu sesi perkongsian badminton sebagai jaringan sosial dan bisnes bersama Tuan Haji Mohammad Sahar Mat Din yang merupakan presiden Dewan perdagangan Islam Malaysia. Di dalam sesi ini , beliau telah memberi beberapa tips penting untuk memajukan perniagaan kita melalui sukan badminton.Beliau juga merupakan seorang yang berpengalaman tentang bisnes dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sukan badminton. Sehubungan itu, perasmian penutup sesi bual bicara ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohammad Sahar Mat Din sendiri sejurus selesai sesi perkongsian beliau.Selama 5 jam program ini berlangsung , para penonton telah memberikan semangat dari awal hingga pengakhiran acara ini.Ribuan terima kasih pada para tetamu undangan ,para penonton dan juga pelajar kursus Badminton (QKS 2102) kumpulan dua yang telah menjayakan program ini.

 

Gambar 5. Sesi perkongsian badminton sebagai jaringan sosial dan bisnes bersama oleh Tuan Hj.Mohammad Sahar Mat Din.

 

 

Disediakan Oleh,

AJK Publisiti Program Kursus Badminton (QKS2102) Kumpulan 2 Semester Kedua 20/21

Tarikh: 28 Jun 2021

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETIAI~