PELAJAR SEKOLAH MENCARI ‘BALDI’ UNTUK BERMAIN KOMPANG | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PELAJAR SEKOLAH MENCARI ‘BALDI’ UNTUK BERMAIN KOMPANG

PELAJAR SEKOLAH MENCARI ‘BALDI’ UNTUK BERMAIN KOMPANG

Oleh: Salam Muhsein

SERDANG 19 Jun – Permainan tradisional kompang semakin hilang ditelan zaman, namun pelajar Sekolah Rendah Agama Islam Bandar Baru Bangi (SRAIBBB) berlumba untuk mencari alat untuk diketuk bagi mempelajari cara bermain kompang. Begitulah sambutan program Let’s Play Kompang anjuran kelab Muzik Kompang dan Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia.

Program Let’s Play Kompang terdiri daripada 3 seminar berkenaan kompang, antaranya, bengkel pertama adalah mengenai penganalan kepada kompang, bengkel kedua adalah mengenai rentak-rentak asas dan advance kompang, dan bengkel yang terakhir adalah lebih menumpukan kepada latihan bagi persembahan kompang.

Gambar 1. Sesi bengkel pertama: Pengenalan kepada kompang.

 

Gambar 2. Sesi perkongsian bersama tetamu jemputan.

 

Gambar 3. Sesi bengkel 3: Persediaan untuk persembahan.

 

Program ini mengajak pesertanya untuk belajar bermain kompang menggunakan apa-apa alatan yang boleh mengeluarkan dua bunyi yang berbeza, yang mana merupakan suatu tarikan utama bagi program tersebut.

Gambar 4. Persembahan khas daripada pihak penganjur pada majlis penutupan program.

Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia, Encik Mohd Isnain Ali menyokong dan menggalakkan program sebegini kerana ia lebih tertumpu kepada tunas-tunas muda iaitu pelajar sekolah rendah bagi mempelajari seni kompang sejurus mempelihara susur jalur warisan tanah melayu yang turun temurun terebut.

Beliau berkata, pelajar-pelajar ini bakal menjadi pelopor dan penggiat yang akan memelihara dan terus menghayati seni warisan kompang selari dengan peredaran zaman.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menjayakan program ini secara maya walau dalam keadaan pandemik dan menyatakan ia merupakan satu proses bagi menyiapkan diri untuk menghadapi norma baharu setelah bergraduan.

Tarikh Input: 06/08/2021 | Kemaskini: 06/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdIAo~