Pelajar UPM Anjur Program ‘Youth Escapade’ Mendalami Teori Asas Kembara | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Pelajar UPM anjur program ‘Youth Escapade’ mendalami teori asas kembara

Pelajar UPM anjur program ‘Youth Escapade’ mendalami teori asas kembara

SERDANG, 25 JUN – Virus COVID-19 yang masih kritikal dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan penularan rantaian COVID-19.

Oleh itu, segala aktiviti secara fizikal dilarang sama sekali termasuk aktiviti perkhemahan yang menjadi minat sebilangan rakyat negara kita.

Justeru itu, aktiviti virtual camp “Youth's Escapade” diadakan secara maya dengan menggunakan platform Google Meet serta bersiaran secara langsung di aplikasi Facebook dianjurkan oleh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi subjek Asas Kembara QKS 2121 Kumpulan 1 baru-baru ini.

Program ini diketuai oleh Ketua Program, Rafiq Abdul Razak selaku pengerusi di bawah pemantauan Encik Mohammad Omar Shaiffudin Hishamudin serta kolaborasi bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Tetamu jemputan antaranya Pakar Forensik Entomologi Universiti Teknologi MARA, Dr. Heo Chong Chin. Dr. Heo Chong Chin berkata beliau berasa bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman beliau menjalankan kajian serta meneroka Antartika kepada lebih 380 peserta, yang merangkumi pelajar pra-universiti dan pelajar universiti di Seluruh Malaysia pada program tersebut.

Gambar 1. Bersama tetamu jemputan, Dr. Heo Chong Chin, Pakar Forensik Entomologi Universiti Teknologi Mara.

 

Wakil Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Azura Hj Sarbin, berkata program itu adalah satu permulaan bagi pelajar mendapat kesedaran untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat. 

Walaupun secara teori, ia masih dapat dipraktikkan kerana teori yang dikongsikan bersifat sangat praktikal. Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM, Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir berkata walaupun program dijalankan secara teori ia masih dapat dipraktikkan kelak oleh peserta kerana teori yang dikongsikan adalah sangat praktikal.

“Teori asas yang disampaikan bersama pelajar sepanjang aktiviti itu seperti persediaan diri dan pencarian sumber air serta makanan adalah aspek penting untuk semua golongan belia kerana apabila dalam situasi kecemasan kita mungkin memerlukan ilmu sebegini,” katanya.

Para peserta memberi ulasan bahawa mereka telah belajar sesuatu yang baru sepanjang dua hari itu dan berharap dapat menyertai kem secara fizikal selepas pandemik COVID-19 ini berakhir.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu ialah sesi pelajaran asas dan keselamatan pengembaraan, kemahiran ikhtiar hidup, kemahiran navigasi menggunakan alatan moden dan alam sekitar, sesi perkongsian pengalaman kajian dan penerokaan Dr. Heo Chong Chin di Antartika dan pelbagai pertandingan kecil yang diadakan dalam program tersebut. 

 

Gambar 2. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu slot 1: Sesi Pelajaran Asas dan Keselamatan Pengembaraan

 

 

Gambar 3. Slot 2: Kemahiran Ikhtiar Hidup


Gambar 4. Slot 3: Kemahiran Navigasi

 

Disediakan oleh:

NAMA: DARREN GOH CHIA JUN

TARIKH: 29/6/2021

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXESOAj~