PELAJAR UPM DEDAH REALITI PENDERMAAN DARAH MENERUSI PERTANDINGAN VIDEO DAN E-POSTER | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PELAJAR UPM DEDAH REALITI PENDERMAAN DARAH MENERUSI PERTANDINGAN VIDEO DAN E-POSTER

PELAJAR UPM DEDAH REALITI PENDERMAAN DARAH MENERUSI PERTANDINGAN VIDEO DAN E-POSTER

Oleh: Balqis Othman

SERDANG, 19 Jun- Sesi perkongsian secara atas talian adalah suatu kepentingan dalam situasi pandemik Covid-19 dan hal ini terbukti dengan anjuran Program Be A Hero, Be A Donor Pengurusan Majlis Kumpulan 1 bersama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program Be A Hero, Be A Donor Campaign yang dijalankan secara maya di aplikasi Google Meet pada 19 Jun 2021 memberikan fokus tentang kesedaran menderma darah dengan penganjuran ceramah dan pertandingan membuat e-poster serta video pendek.

Gambar 1. Sesi Forum Santai oleh YBrs. Dr. Nurasrina Ishak, Wakil Pusat Darah Negara.

 

Gambar 2. Pertandingan Kuiz melalui aplikasi Kahoot.

 

Pengarah program iaitu Samuel Tan Lee Yong menyifatkan program perkongsian secara maya ini adalah penting pada masa kini. Golongan belia khususnya haruslah menyemai sifat kesukarelawanan dengan melibatkan diri dalam program pendermaan darah.

Beliau yang dihubungi melalui aplikasi Whatsapp turut berkata bahawa program sebegini telah memantapkan aspek kepentingan akademik yang berkualiti sekaligus tidak mengetepikan aspek kepentingan nyawa dan pembangunan kendiri yang jitu.

Gambar 3. Sesi Perkongsian oleh Penderma Darah.

 

“Program akademik sebegini haruslah disignifikasikan dalam kalangan pelajar universiti dan harapan saya agar program ini dapat meningkatkan kesedaran serta keprihatinan masyarakat untuk menderma darah selaras dengan motto UPM iaitu berilmu dan berbakti,” ujarnya lagi.

Program Be A Hero, Be A Donor Campaign ini diharapkan agar dapat meningkatkan kuantiti tabung darah negara sekaligus mewujudkan warga UPM dan komuniti luar yang prihatin serta sebagai sumbangan pelajar UPM terhadap masyarakat.

Tarikh Input: 06/08/2021 | Kemaskini: 06/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUJAv~