Pelajar UPM Sahut Seruan Kerajaan Dengan Menjalankan Program Kesedaran Pengambilan Vaksin Kepada Komuniti | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Pelajar UPM Sahut Seruan Kerajaan Dengan Menjalankan Program Kesedaran Pengambilan Vaksin Kepada Komuniti

Pelajar UPM Sahut Seruan Kerajaan Dengan Menjalankan Program Kesedaran Pengambilan Vaksin Kepada Komuniti

Oleh: Nadilah Murshid

SERDANG 5 & 6 Jun 2021, – Pengarah Program Kesedaran Vaksinasi Covid-19 UPM 2021, Muhamad Azwar Mohamad Sham berkata,” Program ini diadakan adalah bagi menambah ilmu pengetahuan, pengalaman serta dapat mengharmonikan sebarang ketidakfahaman dan meningkatkan kesedaran terhadap pengambilan vaksin Covid-19” semasa majlis perasmian program.

Ketua Bahagian, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM, berkata,“ Program ini juga selaras dengan isu semasa yang sedang melanda seluruh dunia mengenai pengambilan suntikan vaksin kepada setiap individu bagi pencegahan penularan dalam kalangan komuniti”.

Gambar 1. Perasmian Program Kesedaran Vaksinasi Covid 19 UPM 2021

 

“Dengan itu, matlamat bagi melahirkan modal insan yang syumul dan berilmu serta menjadi role-model kepada masyarakat akan dapat dicapai melalui pengalaman ini,” kata Prof. Dr. Rukman Awang Hamat, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Antarabangsa), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pemindahan ilmu pemgetahuan daripada panel jemputan dengan pelbagai sesi yang telah dirancang bagi mencapai objektif program seperti meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan pengambilan suntikan vaksin dalam mencegah penularan virus Covid-19. Program turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti permainan secara atas talian seperti ‘Pear Deck’, ‘Bingo’ ‘Crossword Puzzle’ dan banyak lagi.

Gambar2. Sesi Perkongsian: “Experience in Vaccination”

 

Gambar 3. Sesi 'Pocket Talk': “Vaksin Covid-19: Apa Tanggungjawab Kita Sebagai Pengguna?”

Berkata Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa, Timbalan Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM semasa majlis perasmian penutupan “Moto UPM Berilmu Berbakti, Rumah dibina menggunakan pahat, Pencegahan Covid dapat dibukti, Vaksin Selamat, Komuniti Sihat,”.

 

DISEDIAKAN OLEH: NADILAH BINTI MURSHID

TARIKH: 19/6/2021

Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 30/07/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUTAd~