REMAJA BAYANGAN SAHABAT MENINGKATKAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN DALAM KALANGAN MAHASISWA | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » REMAJA BAYANGAN SAHABAT MENINGKATKAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN DALAM KALANGAN MAHASISWA

REMAJA BAYANGAN SAHABAT MENINGKATKAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN DALAM KALANGAN MAHASISWA

Pantai Dalam, 14 Jan - Program berimpak ini dihadiri oleh YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, Merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, SAC Muhammad Idzam Hj. Jaafar, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, mewakili Ketua Polis Kuala Lumpur serta Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej-kolej kediaman UPM.

Matlamat program selari dengan objektif program iaitu bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa terutamanya dalam membantu masyarakat. Matlamat ini dilihat sangat bertepatan dengat hasrat universiti dan kementerian di samping dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar UPM.

Program yang berlangsung selama 2 hari bermula 14 hingga 15 Januari 2023 telah melibatkan 14 agensi dan 150 orang komuniti sekolah, universiti swasta dan komuniti setempat di Lembah Pantai. Antara aktiviti yang dijalankan meliputi Bengkel berkaitan sukarelawan bersama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), ceramah berkaitan scammers dan belia duta anti jenayah oleh Polis Diraja Malaysia, rewang bersama komuniti, saringan kesihatan dan banyak lagi.
 
 
 
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Ucapan terima kasih sekali lagi terutamanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Ahli Perlimen Lembah Pantai, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pertubuhan Insan Harapan Lembah Pantai, Kemas PKKL, universiti-universiti, kolej-kolej, sekolah-sekolah serta PPR yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Program ini.

Tarikh Input: 17/01/2023 | Kemaskini: 17/01/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUAAn~