VIRTUAL TREASURE HUNT 2021 ANJURAN IEM-UMPSS SEBAGAI PROGRAM SIMULASI KEPADA PELAJAR | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » VIRTUAL TREASURE HUNT 2021 ANJURAN IEM-UMPSS SEBAGAI PROGRAM SIMULASI KEPADA PELAJAR

VIRTUAL TREASURE HUNT 2021 ANJURAN IEM-UMPSS SEBAGAI PROGRAM SIMULASI KEPADA PELAJAR

 

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Seramai 40 pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) telah menyertai Virtual Treasure Hunt yang dianjurkan oleh The Institution of Engineers Malaysia-UMP Students Section (IEM-UMPSS) pada 21 – 23 Mei 2021 yang lalu. Penyertaan ini adalah hasil daripada kerjasama stategik di antara pelajar KKB Inovasi dan Reka Cipta bersama IEM-UMPSS yang bertujuan sebagai program simulasi kepada para pelajar untuk melaksanakan program komuniti yang sebenar.

 

            Selain penyertaan dalam program tersebut, sekumpulan pelajar juga telah terlibat secara langsung bersama pihak IEM-UMPSS sebelum, semasa dan selepas program berlangsung bagi mempelajari cara untuk mengkoordinasikan dan menguruskan program.

 

 

            Penglibatan pelajar di dalam program ini dan kerjasama strategik yang telah terjalin secara langsung dapat meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah serta pembelajaran sepanjang hayat yang mana ia merupakan elemen penting dalam hasil pembelajaran kursus Inovasi dan Reka Cipta selain kemahiran keusahawanan dan juga kemahiran insaniah yang lain, terutamanya kemahiran komunikasi dan kemahiran kerja berkumpulan.

 

 

            Setiap checkpoint di dalam virtual treasure hunt tersebut memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritis untuk mencari jalan penyelesaian berpandukan hint yang diberikan untuk ke checkpoint seterusnya sehinggalah ke checkpoint terakhir. Soalan-soalan yang diberikan mencabar minda dan di dalam pelbagai bentuk yang menggunakan pendekatan teknologi masa kini.

           

            Turut menyertai, fasilitator KKB Inovasi dan Reka Cipta, Hafliza Hussin yang mana tujuan penyertaan adalah sebagai dorongan dan untuk melihat bagaimana program berlangsung supaya dapat membantu pelajar untuk membuat tambah baik untuk program komuniti pelajar.

 

            “Saya percaya dengan penglibatan dalam program ini, para pelajar boleh memperolehi Knowledge Transfers dan pengalaman (learning by experiences) sebagai salah satu persediaan untuk melaksanakan program Virtual Treasure Hunt yang bakal mereka anjurkan pada Julai ini”. Virtual Treasure Hunt adalah salah satu sub program Innovation Fun Day 3.0, yang mana ia merupakan program komuniti yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi silibus KKB Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM, ujar fasilitator.

Tarikh Input: 14/06/2021 | Kemaskini: 14/06/2021 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXESJA5~