Warisan Budaya, Semakin Kian Dilupakan? Kelas Gordang Sambilan Ada Penyelesaian. | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » Warisan budaya, semakin kian dilupakan? Kelas Gordang Sambilan ada penyelesaian.

Warisan budaya, semakin kian dilupakan? Kelas Gordang Sambilan ada penyelesaian.

Oleh: Hazirah A Samad dan Farah Amira Zulkifli

SERDANG 29 Mei – Menyedari tentang kepentingan memelihara warisan dan kebudayaan tradisional yang berperanan dalam membentuk identiti unik sesebuah bangsa, Program Gordang Challenge dan Viral Talk@Kerjaya telah dilaksanakan selama dua hari berturut anjuran Kelas Gordang Sambilan Kumpulan 1 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar.

Yang Berbahagia Prof Madya Dr Siti Suriawati Isa selaku Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM berkata, saya percaya program ini dapat membantu pelajar dalam pelbagai cara. Bukan hanya untuk mendapatkan pengetahuan tentang budaya tetapi juga perkara lain. Program Talk Viral @ Kerjaya dilaksanakan dengan tujuan untuk membuka mata masyarakat, bahawa terdapat banyak lagi ruang dan peluang untuk mereka tampil.

Beliau berkata, mendepani era kemodenan, saya dapat berfikir tidak ada tempat yang lebih baik daripada program ini untuk kita meneroka idea-idea yang memprovokasi para peserta mengenai budaya warisan. Program ini diadakan dengan tujuan mempromosikan warisan budaya melayu kepada masyarakat yang semakin kian dilupakan.

“Pertandingan Gordang Challenge ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan peserta dalam menyampaikan idea mereka dalam bahasa yang dapat difahami oleh orang awam. Kreativiti peserta dicabar dan saya percaya bahawa mereka telah bekerja keras untuk pertandingan ini, dengan panduan yang diberikan oleh Encik Abdul Hadi bin Samsi. Saya sangat teruja untuk menyaksikan persembahan para peserta hari ini, dan saya berharap usaha ini tidak berhenti di sini,” katanya semasa upacara perasmian Program Gordang Challenge dan Viral Talk @ Kerjaya yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang pelajar semalam.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pertandingan Gordang Challenge di mana ia terbuka kepada pelajar gordang sambilan dan sesi bual bicara bersama panel jemputan iaitu Syed Luqmanul Hakim yang merupakan seorang penyanyi terkenal.

“Saya faham bahawa projek yang dijalankan tidak mudah dan pelajar harus menyelesaikannya bersama-sama dengan pelajaran biasa. Ketabahan anda dalam program ini menunjukkan minat anda untuk membayangkan masa depan yang lebih baik untuk negara kita. Ketabahan ini melambangkan negara kerana sumbangan anda sangat penting untuk pertumbuhan dan kemakmuran negara kita yang akan datang.” kata Yang Berbahagia Prof Madya Dr Siti Suriawati Isa selaku Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM yang turut hadir semasa upacara perasmian secara atas talian.

 

Perasmian program oleh Yang Berbahagia Prof Madya Dr Siti Suriawati Isa selaku Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM

 

 

Tayangan video TikTok bertemakan kebudayaan yang telah dihasilkan oleh peserta kelas Gordang Sambilan Kumpulan 1

 

 

Pembentangan dan penerangan video TikTok oleh salah seorang peserta dan dinilai oleh dua orang juri jemputan

 

Penglibatan tiga orang komuniti luar dalam setiap video yang dihasilkan bagi mencapai salah satu objektif program iaitu menggalakkan masyarakat mengambil bahagian dalam aktiviti melibatkan warisan budaya

 

 

Gambar menunjukkan para pelakon kreatif dalam penggunaan alatan-alatan di rumah bagi menggantikan alat muzik sebenar

 

Sesi bual bicara bersama panel jemputan iaitu Encik Syed Luqman Nulhakim bin Syed Mohd Nizam, peserta I Can See Your Voice Malaysia Musim 2 dalam slot Talk Viral@Kerjaya

 

 

Nyanyian merdu yang dipersembahkan secara langsung oleh panel jemputan

 

Pengumuman pemenang pertandingan Gordang Challenge oleh Encik Abdul Hadi bin Samsi, Fasilitator Gordang Sambilan Kumpulan 1

 

Penutupan program Gordang Challenge dan Talk Viral@Kerjaya oleh Puan Flora Ilyana binti Othman, Fasilitator Khas Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM

Disediakan oleh :zirahsamad

Tarikh Input: 22/07/2021 | Kemaskini: 22/07/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUIAL~