Mengenai Kami | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR

» MENGENAI KAMI

Mengenai Kami

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar merancang, melaksana dan memantau program dan aktiviti Kursus Kokurikulum Berkredit dan Pembangunan Pelajar bagi membantu pembentukan sahsiah pelajar seiring dengan hasrat Universiti Putra Malaysia untuk melahirkan graduan yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kokurikulum.

Objektif Kursus Kokurikulum Berkredit adalah:-

  1. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam pelbagai konteks dan bentuk komunikasi.
  2. Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis dan berkebolehan mengaplikasikan pemahaman serta pengetahuan.
  3. Menggalakkan pelajar bekerjasama dengan orang lain dari pelbagai latar belakang, sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.
  4. Menggalakkan pelajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baharu.
  5. Menggalakkan pelajar meningkatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativity dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan.
  6. Menggalakkan pelajar untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial.
  7. Menggalakkan pelajar mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) atau lebih dikenali sebagai Pusat Kokurikulum mula...selanjutnya...
Mulanya dikenali sebagai Pusat Kokurikulum. Melalui beberapa fasa perubahan dan pengembangan...selanjutnya...
SXDdBA3~