Latar Belakang | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» MENGENAI KAMI » Sejarah » Latar Belakang

Latar Belakang

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) ditubuhkan berasaskan kepada Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia yang secara rasminya dibentuk pada Ogos 2006.

Peranan dan fungsi Pusat Kokurikulum ini telah diperluaskan pada Januari 2011 apabila elemen keusahawanan dijadikan salah satu teras kepada fungsi dan tanggungjawab Pusat Kokurikulum. Dengan perluasan fungsi dan bidang tugas itu, pihak universiti telah meluluskan nama Pusat Inovasi Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar (CEISeD) sebagai nama baharu kepada Pusat Kokurikulum ini.

Beroperasi dengan jayanya selama dua tahun, sekali lagi fungsi, peranan dan tanggungjawab pusat ini disemak dan diperluaskan atas dasar kepercayaan pihak universiti terhadap pencapaian dan pengiktirafan yang dicapai oleh CEISeD. Mulai Februari 2013, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dengan rasminya menggantikan Pusat Inovasi Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar.

Dalam usia yang muda, sejak penubuhan Pusat Kokurikulum hingga kepada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, pusat tanggungjawab ini telah menerima pelbagai pengiktirafan, penganugerahan dan juga kepercayaan daripada pelbagai pihak dalam konteks pembangunan holistik pelajar dan penerapan kemahiran insaniah. Salah satu penganugerahan yang diterima adalah Anugerah kategori Best Student Award dan kategori Entrepreneurial Impact pada MOHE Entrepreneurial Award 2012 yang lalu.

Kepercayaan yang besar juga turut diberikan beberapa pihak kepada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dalam menerajui bidang pembangunan holistik pelajar seperti dilantik sebagai Pejabat Pengurusan Operasi (OMO), Pembangunan Kemahiran Insaniah oleh Kementerian Pengajian Tinggi sejak 2010.

Kini, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar giat menjalankan usaha dalam pembentukan sahsiah pelajar dalam usahanya membantu unversiti melahirkan graduan yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kokurikulum. Hasrat universiti dalam menghasilkan pelajar universiti yang berketrampilan, berdaya saing dan mampu untuk terus maju didokong sepenuhnya dengan penghasilan produk-produk seperti Kursus Kokurikulum Berkredit, Kursus Permulaan Graduan dan Kursus Ketrampilan Graduan.

Sehingga kini, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM menjadi sebuah entiti Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), yang sangat dikenali dalam kalangan warga universiti terutamanya dalam kalangan entiti Pejabat TNC (HEPA) yang lain kerana pencapaiannya yang mengkagumkan dalam usia yang sangat muda ini. Nama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM ini bukan sahaja sentiasa berada dalam kamus entiti-entiti UPM yang lain, malah juga menjadi sebutan banyak agensi, kementerian serta IPTA yang lain.

Sebagai langkah proaktif untuk terus maju dan sentiasa berada kehadapan, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM dengan mendokong hasrat universiti merangka pelbagai rentak dalam memastikan ia mendapat tempat dalam menjadi HiCOE pertama di negara ini yang menjadi tempat rujukan tentang pembangunan holistik pelajar kepada seluruh negara dan negara-negara ASEAN.

Kemaskini:: 10/03/2014 [wanmohdfauzi]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdFAO~