11th Putrajaya Milo Taekwondo Championship 2019 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » 11th Putrajaya Milo Taekwondo Championship 2019

11th Putrajaya Milo Taekwondo Championship 2019

KEJOHANAN PUTRAJAYA MILO TAEKWONDO KALI KE-11 2019

Oleh: Siti Aishah Binti Johan & Ainul Humaira Binti Samsudin

PUTRAJAYA   1 Disember 2019 – Seramai 26 pelajar Kumpulan 1 daripada Kursus  Pengenalan Taekwondo (QKW 2105), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Putrajaya Milo Taekwondo Kali Ke-11 2019 dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Putrajaya (TM/WTF) dibawah bimbingan fasilitator bagi kursus Pengenalan Taekwondo iaitu Master Ramesh A/L Duraisamy.

Kejohanan taekwondo ini diadakan untuk memupuk dan menanam nilai kepimpinan dan nilai amanah dalam diri pelajar semasa menguruskan dan menjalankan sesuatu program. Malahan, kejohanan ini juga dapat membuka peluang keemasan kepada pelajar untuk bekerjasama dan bergading bahu dengan pertubuhan luar universiti bagi menjayakan sesuatu program di samping dapat meluaskan pengalaman dan meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar dalam melaksanakan sesuatu program. Program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim sesama pelajar pelbagai kaum berasaskan ilmu kepimpinan yang ingin disampaikan melalui Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kejohanan taekwondo ini adalah penyusunan gelanggang dengan memasang tikar perlawanan dan banner, penyusunan meja dan kerusi bagi pengadil di setiap gelanggang serta pemasangan alatan teknikal. Selain itu, peserta-peserta ditempatkan mengikut kategori A, B, C, dan D berdasarkan umur dan berat badan sebelum perlawanan, termasuk hadiah yang turut dikategorikan mengikut kelas kategori pertandingan yang diselaraskan.

Kejohanan taekwondo ini berakhir dengan peserta-peserta memperoleh pingat dan sijil kejohanan. Penyampaian hadiah ini dilakukan setiap kali satu kategori perlawanan selesai seterusnya juara keseluruhan akan diumumkan selepas selesai semua kategori perlawanan. Johan keseluruhan bagi Kejohanan Putrajaya Milo Taekwondo Kali Ke-11 adalah Kelab Smart MA yang berjaya meraih 21 pingat emas.

Tuntasnya, penganjuran program ini dapat melahirkan golongan belia yang kompeten dan mengamalkan gaya hidup sihat di samping membuka peluang kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru dan bermanfaat untuk kegunaan pada masa hadapan dalam pengendalian program seperti kejohanan taekwondo ini.

Date of Input: 06/01/2020 | Updated: 06/01/2020 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUWAn~