Badminton Clinic With Serdang Community | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » Badminton Clinic with Serdang Community

Badminton Clinic with Serdang Community

KLINIK BADMINTON BERSAMA KOMUNITI SERDANG

Oleh: Akmal Shahir bin Sahrul Haslan

SERDANG 7 Disember – Kelas Badminton (QKS2102) kumpulan 3 Universiti Putra Malaysia telah mengadakan satu klinik badminton bersama komuniti Serdang yang bertempat di Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia pada 7 Disember 2019, Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Program ini mempunyai 4 slot utama iaitu pengenalan asas kemahiran badminton, pengenalan peraturan badminton, demonstrasi antara remaja badminton UPM dan simulasi perlawanan badminton.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Nurnashriq bin Mohamad Nazar, Pegawai Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia. Encik Mohamad Nurnashriq juga telah meluangkan masa hampir satu jam untuk melawat klnik badminton pada hari kejadian. Beliau telah menyatakan kepentingan klinik badminton bagi memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada golongan remaja.

Program ini telah mencapai objektif penganjuran dengan memberi pendedahan tentang sukan badminton kepada pelajar yang tinggal di sekitar kawasan Sri Serdang, mewujudkan dan menanam semangat kesukanan dalam kalangan remaja, memberikan kesedaran tentang kepentingan bersukan dalam kehidupan seharian dan mewujudkan sebuah komuniti antara pelajar UPM dan pelajar di sekitar kawasan Sri Serdang. Peserta menunjukkan sikap ingin tahu dalam sukan badminton serta bersemangat untuk teruskan program sehingga slot terakhir. Kepakaran dalam setiap penganjur telah menjadikan proram ini lebih bermanfaat kepada peserta sekaligus berharap agar program ini dapat diteruskan pada tahun seterusnya dengan menambahkan lagi bilangan peserta.

Di akhir program, acara penyampaian hadiah sijil yang telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Nurnashriq kepada peserta yang memenangi simulasi perlawanan badminton. Selain itu, setiap peserta telah diberi sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menyertai program ini.

 

Date of Input: 07/01/2020 | Updated: 07/01/2020 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZHAz~