BUAL BICARA PARALIMPIK MALAYSIA: ‘CHAMPION MENTALITY’ JEMPUTAN ATLET PARALIMPIK MALAYSIA YANG TERKENAL EN. CHEAH LIEK HOU & FAKRI RAIMI | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » BUAL BICARA PARALIMPIK MALAYSIA: ‘CHAMPION MENTALITY’ JEMPUTAN ATLET PARALIMPIK MALAYSIA YANG TERKENAL EN. CHEAH LIEK HOU & FAKRI RAIMI

BUAL BICARA PARALIMPIK MALAYSIA: ‘CHAMPION MENTALITY’ JEMPUTAN ATLET PARALIMPIK MALAYSIA YANG TERKENAL EN. CHEAH LIEK HOU & FAKRI RAIMI

Oleh: Joey Ng Yin Shyen

Dua orang atlet paralimpik Malaysia, iaitu Encik Cheah Liek Hou (atlet badminton paralimpik Malaysia) dan Encik Fakri Raimi (atlet bola tampar paralimpik Malaysia yang membanggakan Malaysia telah berkongsi tentang cerita di sebalik kejayaan mereka.

QKS2102 Badminton Kumpulan 3 Universiti Putra Malaysia berpeluang untuk mengadakan projek komuniti yang bernama ‘Bual BIcara Paralimpik Malaysia: Champion Mentality’ dengan jemputan dua orang tetamu khas, Encik Cheah Liek Hou dan Encik Fakri Raimi sebagai panel utama progra,. Program ini berjaya berlangsung melalui Stream Yard dan siaran langsung di Facebook Live.

Dalam 1 jam 30 minit yang bermanfaat ini, pelajar berpeluang untuk mengetahui cerita-cerita di sebalik kejayaan atlet paralimpik Malaysia.

Encik Cheah dan Encik Fakri juga besar hati untuk menceritakan cabaran, halangan dan motivasi bagi seorang atlet paralimpik dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang yang istimewa dalam bidang sukan.

Gambar 1. Sesi perkongsian bersama tetamu keormat.

‘Pada tahun 2006, saya alami kemalangan yang tidak duga tapi kemudian itu saya tetap giat dalam sukan kerana saya memang suka sukan. Saya bersyukur kerana berpeluang untuk menyertai paralimpik bola tampar.’ kata Encik Fakri.

‘Saya perlu berulang-alik setiap minggu antara Johor Bahru di mana merupakan tempat tinggal dengan keluarga saya dan berniaga dengan  Kampung Pandan untuk latihan memang cabaran yang besar kepada saya.’ kata Encik Fakri.

‘Cabaran saya pada masa itu adalah semasa saya belajar di UPM, susah untuk saya untuk belajar pada masa yang sama harus pergi ke latihan paralimpik seterusnya menyebabkan ranking saya dalam paralimpik badminton antarabangsa jatuh.’ kata Encik Cheah.

Dalam sesi soal jawab, beberapa soalan yang menarik juga dipilih untuk dijawab oleh Encik Cheah dan Encik Fakri berdasarkan pengalaman masing-masing.

‘Saya idamkan anak saya dapat bermain sebagai atlet kebangsaan normal. Jadi, jika saya tak buktikan apa-apa kepada dia, macam mana dia boleh menjadi idola saya? ’ kata Encik Fakri semasa menjawab soalan dari penonton dalam sesi soal jawab.

‘Sumber dorongan utama saya adalah memenangi semua pertandingan kejohanan paralimpik yang disertai di peringkat antarabangsa. Ini telah menjadi sumber dorongan saya untuk berusaha memenangi paralimpik Olympic Tokyo yang akan datang.’ kata Encik Cheah semsa berbincang tentang sokongan utama di sebalik kejayaannya.

‘Kalau saya rasa stress, saya akan pergi memancing, iaitu hobi kedua saya supaya lihat lautan yang melegakan perasaan saya. Kata Encik Cheah.

Pengarah program, Muhammad Amirul Fitri Bin Tarmizi berterima kasih kepada panel-panel atlet paralimpik Malaysia dan hadirin yang menyokong program komuniti ini serta berasa gembira kerana program ini dapat berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua warga UPM.

Gambar 2. Sesi ucapan daripada pengarah program.

Pegawai tadbir pusat sukan UPM, Encik Wan Zaharuddin  Bin Wan Abdullah juga dijemput sebagai tetamu kehormat majlis penutup berharap agar pengalaman yang dikongsi oleh dua orang atlet paralimpik Malaysia boleh menjadi rangsangan dan dorongan kepada penonton dalam menghadapi cabaran. Sifat-sifat kepemimpinan dan minat pelajar terhadap sukan juga boleh ditingkatkan melalui program ini.

 

Disediakan oleh :

NAMA : JOEY NG YIN SHYEN

TARIKH: 1 JULY 2021

Tarikh Input: 08/08/2021 | Kemaskini: 08/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXERDAA~