Community Relations Program With Indigenous Communities | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » Community Relations Program with Indigenous Communities

Community Relations Program with Indigenous Communities

Program Jalinan Kasih Bersama Komuniti Orang Asli

HULU LANGAT, 7 Disember – Seramai 60 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengikuti Program Jalinan Kasih Bersama Komuniti Orang Asli yang berlangsung selama satu hari di Kampung Orang Asli  Paya Lebar Hulu Langat, Selangor baru-baru ini dibawah anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM dengan kerjasama Persatuan Amalan Bersaudara dalam Islam (ABI).

Impak yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk memberi peluang kepada kaum Orang Asli untuk berinteraksi serta mendapat pendedahan tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan selain menekankan kepentingan menjaga kesihatan manakala bagi mahasiswa UPM, program ini bertujuan menerapkan dan memperkasakan kemahiran insaniah seperti semangat bekerjasama, tanggungjawab, kemahiran berkomunikasi, dan nilai etika dalam diri.

Program Jalinan Kasih merupakan salah satu inisiatif para pelajar UPM untuk mempelajari cara hidup dan budaya kaum Orang Asli selain merapatkan hubungan bersama bagi berkongsi ilmu pengetahuan tentang kehidupan pada masa kini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah saringan kesihatan, gotong-royong, penanaman pokok, sukaneka dan pelbagai lagi aktiviti yang melibatkan penyertaan penduduk kampung dan pelajar.

Menurut salah seorang penduduk kampung tersebut, Amira, 21, antara slot yang menjadi kegemaran dirinya dan ramai penduduk yang lain adalah slot saringan kesihatan dan slot sukaneka; “Saya berasa bahawa slot saringan kesihatan itu memberi input yang besar kepada kami kerana kami jarang sekali melakukan saringan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan. Selain itu, saya amat menggemari slot sukaneka kerana disertai ramai penduduk kampung kami. Ia membuat penduduk dan pelajar menjadi begitu akrab sekali.”

Program Jalinan Kasih ini diakhiri dengan slot Pensucian Jiwa dan Rohani dimana semua pelajar dan penduduk kampung yang beragama Islam menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah serta mendengar tazkirah di surau.

Date of Input: 07/01/2020 | Updated: 07/01/2020 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEYOAz~