Jom Science Carnival 2019 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » Jom Science Carnival 2019

Jom Science Carnival 2019

Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM berkunjung ke Karnival Jom Sains 2019, anjuran bersama Fakulti Sains (FS) dan PKPP melalui Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pembangunan Kesukarelawan.

Karnival ini merupakan program komuniti yang dikendalikan oleh pelajar dari 4 kelas KKB Pembangunan Kesukarelawanan di bawah bimbingan fasilitator (yang terdiri daripada pensyarah FS) bagi mempromosi STEM (sains, teknologi dan matematik) melalui kokurikulum kepada pelajar sekolah. Ia disertai oleh pelajar dari 36 buah sekolah dari seluruh negara.

Satu kolaborasi yang baik antara fakulti dan PKPP (melalui program komuniti KKB).

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar, tenaga pengajar dan pengurusan FS.

Date of Input: 18/11/2019 | Updated: 18/11/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEYUAZ~