KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG : 46 ORANG KELAINAN UPAYA TERUJA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI SUKAN | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG : 46 ORANG KELAINAN UPAYA TERUJA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI SUKAN

KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG : 46 ORANG KELAINAN UPAYA TERUJA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI SUKAN

Oleh: Nurul Izzaty

Permainan ping pong tidak terhad hanya kepada mereka yang sempurna fizikal dan ini terbukti dengan penglibatan memberangsangkan daripada komuniti orang kelainan upaya yang menyertai Program You-Nique Balance anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Kolej 13, UPM Serdang Selangor.

Pengarah program, Wan Maizura Farhana binti Mazlan berkata, tujuan projek komuniti Program You-Nique Balance tersebut diadakan ialah untuk memberi peluang kepada komuniti orang kelainan upaya bagi menonjolkan bukti kebolehan mereka dalam menyertai aktiviti sukan terutamanya kemahiran bermain ping pong di dalam program ini.

Wan Maizura Farhana menambah, walaupun Program You-Nique Balance ini dilakukan secara maya kerana halangan yang dihadapi namun begitu, bukan masalah untuk melakukan perkara yang memberi manfaat dan membuka mata orang ramai bahawa kekurangan dari segi fizikal bukanlah penghalang untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

“Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan komuniti luar walaupun secara dalam talian. Untuk makluman para hadirin sekalian, program yang dijalankan ini adalah program bertaraf kebangsaan kerana terdiri daripada 46 orang peserta yang dibahagikan kepada 13 kumpulan.” katanya semasa majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah You-Nique Balance. 

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pertandingan Video You-Nique Balance di mana setiap kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 ahli perlu merakam dan mengedit video mereka mengawal seterusnya menghantar bola kepada ahli lain dalam kumpulan yang berada di tempat lain atau di tempat yang sama menggunakan bat ping pong atau sebarang peralatan yang bersesuaian mengikut kreativiti dan bola ping pong.

Gambar 1. Penerangan ringkas mengenai perjalanan program oleh Flow manager, saudara Mazikry Zuhairi Bin Mazdhee.

 

Gambar 2. Ucapan dan perasmian oleh Prof Madya Dr Fathinul Fikri Binti Ahmad Saad, Pengarah Pusat Pengimejan Hospital Pengajar UPM.

“Saya amat bangga dengan pendekatan yang diambil oleh pihak penganjur yang tidak meninggalkan golongan istimewa, dalam melakukan program sukan kerana mereka juga berada dalam komuniti yang sama dengan kita,” kata Encik Razizi Bin Haji Midin, Fasilitator Khas Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar mewakili Prof Madya Dr. Nur Izura Binti Udzir, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar yang turut hadir semasa majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah You-Nique Balance.

Gambar 3. Sesi fotografi.

 

Disediakan oleh :

NAMA : NURUL IZZATY BINTI SUHAILI

TARIKH : 26 JUN 2021

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdIAl~