KEMPEN “CAHAYA ISLAM TOKOH DISANJUNG ISLAM DIJUNJUNG”, MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN BERSAMA. | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » KEMPEN “CAHAYA ISLAM TOKOH DISANJUNG ISLAM DIJUNJUNG”, MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN BERSAMA.

KEMPEN “CAHAYA ISLAM TOKOH DISANJUNG ISLAM DIJUNJUNG”, MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN BERSAMA.

Oleh: Farah Hannani Binti Mazlan

Tokoh-tokoh Islam dahulu telah meninggalkan beberapa contoh nilai-nilai murni yang wajar kita contohi. Seiring dengan zaman moden sekarang, ramai anak muda yang dilihat kurang menghayati sifat para tokoh-tokoh Islam.

Maka, kempen cahaya Islam ini diadakan bagi menerapkan elemen perkongsian ilmu yang berkaitan dengan penceritaan dan penghayatan nilai-nilai murni yang ada pada para tokoh Islam. Pengurus Kolej 12 Universiti Putra Malaysia, Puan Nor Hasuzie Abdullatif berkata, kempen ini sesuai diadakan bagi mengasah kemahiran dan kreativiti pelajar dalam melaksanakan program ini dengan menggunakan peluang yang disediakan. Kempen ini juga dapat mendidik orang awam dan pelajar supaya mempraktikkan nilai-nilai murni para sarjana Islam dalam kehidupan seharian.

“Ini adalah sebahagian usaha kita untuk memastikan pengalaman dan pendedahan dapat dierikan kepada para pelajar dalam menguruskan sesebuah program di bawah kendalian pelajar sendiri dan mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam usaha menyampaikan dakwah.,” katanya semasa majlis perasmian Kempen Cahaya Islam pada 19 Jun yang lalu.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ini adalah perkongsian nilai-nilai murni dalam diri tokoh Islam yang dikongsikan oleh para pelajar Kumpulan 1, Kursus Pengurusan Masjid (QKW2110) melalui kompilasi video di dua buah platform iaitu Instagram (individu) dan YouTube (berkumpulan). Kempen ini memfokuskan penglibatan daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan usia melalui platform di alam maya, Instagram dan YouTube.

Gambar 1. Sesi perkongsian di Instagram.

 

Gambar 2. Sesi perkongsian di Youtube.

“Kempen ini mampu memberi pendedahan dan mendidik para pelajar dan orang luar akan kepentingan mempraktikkan nilai-nilai murni para sarjana Islam dalam kehidupan seharian,” kata Muhammad Faizy Izuddin bin Mohd Rozi, Pengarah Kempen Cahaya Islam Tokoh Disanjung Islam Dijunjung semasa majlis perasmian kempen ini.

Gambar 3. Sesi bergambar bersama peserta.

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdJAl~