“PUTRA JUGGLING KIDS CONTEST” ATAS TALIAN, KEKALKAN KANAK-KANAK KEKAL PRODUKTIF DI RUMAH | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » “PUTRA JUGGLING KIDS CONTEST” ATAS TALIAN, KEKALKAN KANAK-KANAK KEKAL PRODUKTIF DI RUMAH

“PUTRA JUGGLING KIDS CONTEST” ATAS TALIAN, KEKALKAN KANAK-KANAK KEKAL PRODUKTIF DI RUMAH

Oleh: Ixzora Razali

Dalam musim pandemik ini, banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka meskipun begitu, pertandingan ini tetap berjaya dilaksanakan secara  dalam talian. Pertandingan dianjurkan untuk menggalakkan anak muda untuk kekal aktif  walaupun berada di rumah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Berkredit  (QKS 2101) Kumpulan 2.

En. Mohammad Nasrul Bin Abdul Wahab, Fasilitator Kursus Bola Sepak (QKS 2101) Kumpulan 2 berkata, “Putra Kids Juggling Contest” tersebut diadakan bagi memastikan  generasi milenia masa kini sentiasa kekal aktif dan menjaga kesihatan jasmani walaupun  berada di rumah serta memupuk kesedaran generasi muda untuk bergiat lebih aktif dalam  bidang sukan meskipun masih berada dalam kemelut pandemik ini.

Beliau berkata, dalam mendepani pelbagai cabaran semasa covid-19, kanak-kanak tidak dapat mempelajari taktik-taktik bola sepak secara bersemuka tetapi dengan adanya teknologi yang semakin maju pada hari ini, pelbagai platform boleh digunapakai untuk mendedahkan tentang bola sepak kepada anak muda masa ini .  

“Ini adalah sebahagian usaha pihak pengajian tinggi untuk memastikan bidang sukan kekal relevan dan mampu menarik minat golongan milenia untuk menjadikan bidang sukan  sebagai kerjaya pilihan ataupun hobi,” katanya semasa upacara perasmian “Putra Juggling  Kids Contest” di atas talian.

“Putra Juggling Contest” yang dijalankan sepanjang 6 jam tersebut disambut baik dan menerima lebih daripada 30 penyertaan dari dalam dan luar negara. Jelaslah, bahawa pertandingan seperti ini dapat menggilap lebih banyak bakat yang terpendam dalam diri generasi muda hari ini.

Pertandingan ini mampu memberi pendedahan dan mendidik para pelajar dan orang luar akan kepentingan sukan bola sepak dalam bidang sukan supaya dapat melahirkan ramai lagi pelapis baru yang dapat mengharumkan nama negara serta peranannya dalam memajukan ekonomi negara,” kata Nur Dini Aliaa Binti Razali, Pengarah Kursus Bola Sepak (QKS2101) Kumpulan 2 semasa upacara perasmian di atas talian.

Gambar 1. Penerangan mengenai pemarkahan kepada peserta.

 

Gambar 2. Kehadiran para peserta dalam memeriahkan majlis.

 

Disediakan oleh :

NAMA: CAHAYA IXZORA BINTI RAZALI 

TARIKH: 16.07.2021

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDcWA4~