Student Sports Collaboration Program With Indonesian School Kuala Lumpur (SIKL) | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » Student Sports Collaboration Program With Indonesian School Kuala Lumpur (SIKL)

Student Sports Collaboration Program With Indonesian School Kuala Lumpur (SIKL)

KOLABORASI MAHASISWA UPM BERSAMA PELAJAR INDONESIA

OLEH: FARWIZAH BINTI SAMSUDIN

 

KUALA LUMPUR, 23 November – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) daripada Kursus Bola Keranjang QKS2115 telah mengadakan Program Jalinan Kolaborasi Sukan Mahasiswa Bersama Pelajar Sekolah Indonesia Kuala Lumpur (SIKL). Seramai 52 orang pelajar SIKL dari lingkungan umur 12 hingga 18 tahun dan 29 orang pelajar UPM telah menjayakan program yang berlangsung di SIKL ini.

 

Program ini mendapat sambutan yang amat baik dari Sekolah Indonesia dalam memupuk nilai-nilai murni dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar UPM dan SIKL. Turut bersama dalam program ini Encik Firdaus bin Abdullah sebagai fasilitator dan Ibu Nunik Heriwahyuni wakil guru Sekolah Indonesia bagi upacara perasmian Program Jalinan Kolaborasi Sukan Mahasiswa Bersama Pelajar Sekolah Indonesia.

 

“Pelajar diharapkan mampu memanfaatkan kesempatan daripada program ini untuk mempelajari segala ilmu pada hari ini dan mengaplikasikan pada masa akan datang” kata Ibu Nunik Heriwahyuni, Guru Sekolah Indonesia dalam ucapan perasmian itu.

 

Pengarah Program Jalinan Kolaborasi Sukan Mahasiswa Bersama Pelajar Sekolah Indonesia, Rizki Jaya Munandar berkata program ini diadakan bagi melatih dalam pengurusan sesuatu aktiviti dan mendedahkan pelajar dengan kaedah permainan bola keranjang yang betul.

 

“Program ini mampu meningkatkan semangat kepimpinan dan kesukanan dalam diri pelajar melalui acara klinik dan kompetisi yang memerlukan pelajar untuk sentiasa bekerjasama bagi mengumpul mata dalam permainan bola keranjang” kata Rizki dalam ucapannya.

 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Senamrobik, Klinik dan Kompetisi Bola Keranjang dan Mini Tournament.

Date of Input: 09/01/2020 | Updated: 09/01/2020 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUEA2~