SUKAN PAINTBALL MENDAPAT SAMBUTAN BUKAN HANYA DALAM KALANGAN PELAJAR UPM SAHAJA TETAPI DALAM MASYARAKAT | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » SUKAN PAINTBALL MENDAPAT SAMBUTAN BUKAN HANYA DALAM KALANGAN PELAJAR UPM SAHAJA TETAPI DALAM MASYARAKAT

SUKAN PAINTBALL MENDAPAT SAMBUTAN BUKAN HANYA DALAM KALANGAN PELAJAR UPM SAHAJA TETAPI DALAM MASYARAKAT

Umum mengetahui bahawa sukan Paintball merupakan salah satu sukan yang lasak dan juga dilabel sebagai sukan yang berbahaya. Hal ini dikatakan demikian kerana pendedahan sukan ini bukanlah suatu kebiasaan dalam kalangan pelajar serta masyarakat seperti sukan – sukan yang lain. Oleh itu, pihak UPM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan kursus kokurikulum sukan Paintball di Universiti Putra Malaysia yang bertujuan untuk mendedahkan sukan tersebut dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UPM.

Selain itu, melalui kursus kokurikulum tersebut para pelajar yang berminat dengan sukan paintball dapat meraih peluang berharga untuk memperoleh pengetahuan dan pendedahan tentang sukan tersebut. Hal ini adalah kerana peluang untuk menceburi diri dalam bidang sukan Paintball di luar sana adalah amat terhad disebabkan oleh faktor kekurangan tenaga pengajar dan kos peralatan yang tinggi. Selain itu, melalui inisiatif ini juga ia dapat memberi impak yang besar kerana ia dapat mengubah fikiran para pelajar UPM serta masyarakat luar bahawa sukan Paintball merupakan sukan yang amat menarik dan tidak berbahaya. Di UPM, sukan ini dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman dan turut menceburkan diri dalam sukan Paintball ini di luar. Oleh itu, lebih banya kuota untuk kursus kokurikulum ini harus dibuka supaya lebih ramai pelajar dapat mencuba dan menambah pengetahuan mengenai sukan Paintball, seterusnya dapat mengubah persepsi mereka terhadap sukan paintball.

Perkhidmatan sukan Paintball yang ditawarkan di UPM adalah dari jenis speedball iaitu permainan di dalam padang yang telah ditetapkan. Sukan ini boleh dimainkan oleh 6 atau 10 orang dalam satu-satu masa yang dikendalikan oleh fasilitator yang bertugas. Sebelum memulakan permainan, para pemain dinasihatkan supaya membuat warm-up terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kekejangan berlaku selepas tamat permainan. Selain itu, antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian topeng keselamatan, atau lebih dikenali sebagai ‘mask’ oleh para pemain sebelum memasuki kawasan padang agar dapat mengelakkan sebarang kecederaan daripada berlaku.

  

Namun demikian, kes kemalangan atau kecederaan yang melibatkan sukan Paintball ini amat jarang berlaku atau disiarkan di laman media sosial mahupun di dada akhbar. Jadi, sukan Paintball ini boleh dikatakan sebagai suatu sukan yang selamat dan tidak berbahaya bagi semua peringkat umur, kecuali kanak – kanak di bawah umur. Oleh itu, pihak yang berperanan perlu mengusahakan satu inisiatif yang berupaya memberi impak yang besar untuk menaikkan nama sukan Paintball ini sehingga dapat dijadikan sebagai suatu sukan asas seperti sukan – sukan lain di kalangan para pelajar dan masyarakat.

Tarikh Input: 13/04/2023 | Kemaskini: 13/04/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXERAAE~