Zumbatik, “Beyblade” Busana Tradisional Dan Puteri Warisan Cilik Menjadi Tarikan Di Festival Akar Budaya 2019, UPM. | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Zumbatik, “Beyblade” Busana Tradisional dan Puteri Warisan Cilik menjadi tarikan di Festival Akar Budaya 2019, UPM.

Zumbatik, “Beyblade” Busana Tradisional dan Puteri Warisan Cilik menjadi tarikan di Festival Akar Budaya 2019, UPM.

Zumbatik, “Beyblade” Busana Tradisional dan Puteri Warisan Cilik menjadi tarikan di Festival Akar Budaya 2019, UPM.

Oleh: Puteri Nur Syaheeda binti Ismail

 

SERDANG, 7 Disember – Bertempat di Perkarangan Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Festival Akar Budaya 2019 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, di bawah kolaboratif Kursus  Protokol dan Etika Sosial serta Kursus Vokal Asas, telah berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang dan mencapai matlamat utamanya iaitu memartabatkan budaya dan adat masyarakat di Malaysia.

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Azidan b. Abdul Jabar berkata semasa ucapan perasmian beliau, “Dengan adanya program-program berteraskan budaya seperti ini, para pelajar dapat meningkatkan pengalaman dan kemahiran dalam berinteraksi dengan komuniti luar di samping dapat menerapkan nilai kebudayaan dalam diri mereka”.

Melalui sokongan daripada pihak penaja pada Festival Akar Budaya menunjukkan bahawa penganjuran kebudayaan seumpamanya ini disambut baik dan disokong penuh dengan beberapa lagi rakan kerjasama yang turut terlibat secara langsung di dalam menjayakan beberapa aktiviti pada festival ini.

Festival Akar Budaya 2019 menyediakan pelbagai pengisian yang menarik seperti Zumbatik bersama Zin Ijan, “Beyblade” Berbusana Tradisional bersama Geng Libasan Gasing 69 Putrajaya, Pencarian Puteri Warisan Cilik bersama Yann Rifft, Permainan Tradisional dengan kerjasama Kelab Sukan Tradisional Harmoni Malaysia, Bengkel Vokal bersama Dia Fadila, Persembahan Kebudayaan seperti Tarian Tradisional serta Nyanyian Lagu-lagu Tradisional Melayu, Cina serta India, Pameran Kerjaya oleh JobsMalaysia, Kemterian Sumber Manusia, Kaligrafi Tulisan Cina daripada Persatuan Tulisan Cina dan Seni Zhong Hua dan Rewang Memasak Masakan Kampung dengan kerjsama Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia.

Festival yang julung kalinya dijalankan di Universiti Putra Malaysia ini turut diwarnai dengan kehadiran anak-anak Asnaf dan Yatim Piatu dari Rumah As-Solihin, Banting, dan mereka langsung tidak kekok untuk bermain permainan-permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, sepak raga, timbang tawi dan galah panjang.

“Walaupun penganjuran festival ini adalah pertama kalinya diadakan, namun sambutannya adalah tidak mengecewakan. Hal ini menunjukkan bahawa komuniti kita masih menghargai kepelbagaian budaya dan semangat ini perlu dikukuhkan agar budaya dapat diwarisi sepanjang zaman”, kata Pengarah Program, Puan Norliha binti Bakar semasa ditemu ramah oleh wartawan dari Malaysia Hari Ini, TV3, ketika festival berlangsung.

Tarikh Input: 16/01/2020 | Kemaskini: 16/01/2020 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdKAL~