319 PELAJAR BERTANDING DALAM PERTANDINGAN REKAAN T-SHIRT@NIAGA UPM 2021 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » 319 PELAJAR BERTANDING DALAM PERTANDINGAN REKAAN T-SHIRT@NIAGA UPM 2021

319 PELAJAR BERTANDING DALAM PERTANDINGAN REKAAN T-SHIRT@NIAGA UPM 2021

Oleh: Syasya Nazurah

Perniagaan pada masa kini semakin menarik perhatian golongan muda dan ini terbukti dengan sambutan meriah daripada para pelajar institusi pengajian tinggi dari seluruh pelosok Malaysia yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Rekaan T-shirt@Niaga UPM 2021 anjuran Kelab Usahawan Siswa Kumpulan 3.

Fasilitator Usahawan Siswa Kumpulan 3, Cik Siti Noridayu binti Abd. Nasir berkata, Pertandingan Rekaan T-shirt@Niaga UPM 2021 ini diadakan bagi memastikan generasi milenia pada masa kini diberi pendedahan pemikiran di samping mencabar keupayaan dan kemahiran keusahawanan pelajar. Bakat peserta juga dapat dicungkil dalam keusahawanan perniagaan rekaan T-shirt serta memupuk minat keusahawanan para pelajar dalam bidang kreativiti.

Beliau berkata, rekaan t-shirt dapat mencerminkan identiti sesebuah perniagaan sekaligus memberikan pengaruh yang cukup besar dalam perniagaan yang diusahakan.

“Ini adalah sebahagian usaha Kelab Usahawan Siswa Kumpulan 3 untuk memastikan bakat di dalam diri setiap pelajar dapat diolah dan direalisasikan melalui rekaan t-shirt bertemakan perniagaan impian mereka.” katanya semasa upacara perasmian Pertandingan Rekaa T-shirt@Niaga 2021 secara atas talian yang dihadiri kira-kira 300 orang pelajar.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pertandingan ialah rekaan t-shirt yang bertemakan perniagaan mengikut imaginasi dan kreativiti setiap pelajar. Aktiviti ini terbuka kepada semua pelajar pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

“Para pelajar yang berminat dalam aktiviti perniagaan juga boleh ke Pusat CEM bagi menjana pendapatan sampingan,” kata Encik Ludinata bin Misnan, Timbalan Pengarah Kebolehpasaran Graduan yang turut hadir secara upacara perasmian secara atas talian.

 

Gambar 1. Majlis penutup meriah dengan kehadiran para peserta Pertandingan Rekaan T-shirt@Niaga UPM 2021

 

Disediakan oleh :

NAMA : NURSYASYA NAZURAH BINTI RAINI

TARIKH: 2 JULAI 2021

 

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETMAp~