895 Pengguna Facebook Dan 100 Pengguna Zoom Memeriahkan Program Komuniti : VocaFest 2021 Secara Dalam Talian VocaFest 2021, Seni Vokal Menghiburkan Komuniti | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » 895 pengguna Facebook dan 100 pengguna Zoom memeriahkan Program Komuniti : VocaFest 2021 secara dalam talian VocaFest 2021, seni vokal menghiburkan komuniti

895 pengguna Facebook dan 100 pengguna Zoom memeriahkan Program Komuniti : VocaFest 2021 secara dalam talian VocaFest 2021, seni vokal menghiburkan komuniti

Vokal kini masih lagi relevan dan kekal menjadi daya penarik dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda. Buktinya, VocaFest 2021 telah dimeriahkan oleh para pelajar dan pelajar yang rata-ratanya mempunyai minat yang sama iaitu menggemari elemen vokal dan muzik.

VocaFest 2021 merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh pelajar kursus QKB 2104 Vokal Asas Kumpulan 1, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dihadiri oleh figura hebat seperti Datuk Syafinaz Selamat, Dr. Soo Wincci dan Cik Puan Imelda Harris sebagai ahli panel sesi perkongsian Vocal 101.

Program ini dianjurkan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 19 hingga 20 Jun secara langsung di aplikasi Zoom dan Facebook. Program ini juga mendapat kerjasama yang padu dari FR Music & Academy dan Putrapella UPM.

Pengarah FR Music & Academy, Encik Mohd Faizul bin Abdul Samat menunjukkan sokongan penuh terhadap tujuan penganjuran program VocaFest 2021 iaitu memastikan golongan muda khususnya penggemar muzik dapat memperoleh ilmu pengetahuan mengenai  teknik nyanyian dalam bengkel asas vokal.

Selain itu, program ini juga memperlihat sisi positif pandemik COVID-19 dengan mengadakan atau mewujudkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri walaupun terpaksa berjauhan dengan orang tersayang akibat pandemik ini.

Beliau berkata lagi bahawa program berprestij seperti ini layak menjadi penanda aras bagi pelaksanaan program bidang seni muzik dan vokal yang lain secara maya. Beliau juga menekankan bahawa pelbagai cara yang kreatif dapat diolah untuk menghidupkan industri seni tanah air walaupun berada dalam situasi pandemik COVID-19. Usaha para pelajar menjayakan program ini merupakan sumbangan yang signifikan buat industri seni tanah air pada masa ini dan akan datang.

 

Sesi Pertama Hari Pertama : Your Voice Matters bersama Datul Syafinaz Selamat dan Dr Nur Haziq Fikri Bin Ahmad

 

Sesi Kedua Hari Pertama : Covid vs Arts bersama Dr. Soo Wincci, Cik Puan Imelda Harris dan Puan Flora Ilyana

 

Sesi Ketiga Hari Kedua : Special Performance daripada Pelajar QKB 2104 Basik Vokal, Fr Music And Academy dan Putrapella 

 

Sesi Cabutan Bertuah

 

Sesi Bergambar bersama peserta

 

 

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDcUAJ~