Atma Menghijau Program Sentuhan Komuniti Dan Santuni Alam | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Atma Menghijau Program Sentuhan Komuniti dan Santuni Alam

Atma Menghijau Program Sentuhan Komuniti dan Santuni Alam

Atma Menghijau

Hulu Langat - Seramai 30 orang pelajar Kursus Bakti Siswa (QKK2101) Kumpulan 8 sesi 2018/2019, dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson, Hulu Langat, Selangor telah menganjurkan Program Atma Menghijau yang bertempat di SK Kuala Pomson, selama tiga (3) hari dua (2) malam pada 26 April hingga 28 April 2019. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Markiman Kobiran pada 27 April 2019 yang merupakan Pengerusi Markiman & Associates. Program yang bertemakan “Sentuhan Komuniti, Santuni Alam” bertujuan untuk memastikan pelajar dan komuniti cakna terhadap kepentingan kelestarian hijau dalam diri mereka melalui aktiviti - aktiviti kemasyarakatan dan berkongsi pengetahuan mengenai “Green Technology” dalam kehidupan seharian.


Program ini mendapat kerjasama yang baik dari SK Kuala Pomson, MPKK Kuala Pangsun, PIBG SK Kuala Pomson, Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dan seluruh penduduk kampung terutamanya daripada masyakarat orang asli Kuala Pangsun. Pelajar berkongsi pengetahuan bersama murid SK Kuala Pomson dan penduduk kampung sepanjang program berlangsung. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama murid dan juga penduduk kampung yang melibatkan pelbagai peringkat umur selama berkampung di sana. Antara aktivitinya adalah termasuk Jungle Tracking bersama murid dan guru SK Kuala Pomson yang bertujuan untuk menghargai keindahan alam semulajadi serta menilai sekiranya alam semulajadi ini pudar yang mana perbuatan itu dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri.

Para pelajar Bakti Siswa turut memberi khidmat komuniti dengan melaksanakan program gotong-royong perdana, aktiviti seni mural serta “Free Market” yang berlangsung sepanjang program. Kehadiran para pelajar juga memberikan pengalaman bergaul dengan setiap lapisan masyarakan terutamanya bersama dengan murid SK Kuala Pomson khususnya murid tahun 6, di mana pelajar memberi nasihat, dorongan dan semangat kepada mereka melalui aktiviti-aktiviti yang membina dan membuka minda murid. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam mencetus pemikiran kritis bagi menyelesaikan masalah terutama berhadapan dengan komuniti yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Ini juga, secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang akrab di antara murid, komuniti dan pelajar. Menurut Saudari Nur Suraya Binti Yahaya, Pengarah Program Atma Menghijau Bakti Siswa UPM 2019 menyatakan pengalaman ini sukar dilupakan kerana dapat melihat dan merasai keindahan alam semula jadi secara dekat serta kemeriahan suasana kehidupan kampung yang jauh berbeza dengan kesibukan di kota

Tarikh Input: 13/05/2019 | Kemaskini: 13/05/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUMAi~