“Battle Of The Hook” Dalam Kalangan Kakitangan Dan Pelajar, Eratkan Lagi Hubungan Warga UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » “Battle of The Hook” dalam kalangan kakitangan dan pelajar, eratkan lagi hubungan warga UPM

“Battle of The Hook” dalam kalangan kakitangan dan pelajar, eratkan lagi hubungan warga UPM

“Battle of The Hook” dalam kalangan kakitangan dan pelajar, eratkan lagi hubungan warga UPM

Oleh: Aishah Rashit

SERDANG 4 Mei, - Pertandingan Memancing Tertutup UPM 2019 berlangsung pada hari Sabtu 4 Mei 2019 telah berjaya dianjurkan oleh pelajar-pelajar dan fasilitator kumpulan 1 Kokurikulum Berkredit Kelab Memancing QKS 2118 beserta kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.

 

 Pertandingan ini turut memupuk semangat kerjasama setiakawan dan mengeratkan silaturahim diantara semua kakitangan serta pelajar UPM serta telah mencapai objektif dalam menggalakkan dan menjadikan aktiviti memancing sebagai satu aktiviti yang berfaedah serta menarik minat masyarakat UPM tentang aktiviti memancing melalui tema “Catch Me If You Can”.

 

 Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan dan kehadiran En Mohd Izwan, fasilitator khas yang memeriahkan suasana ketika pertandingan sedang berjalan.

 

Ikan lampam pertama telah berjaya didaratkan hanya selepas 15 minit pertandingan bermula. Jenis ikan yang dapat ditangkap adalah ikan lampam, tilapia dan patin. Setelah pertandingan tamat, 7 orang peserta telah dinobatkan sebagai pemenang. Pemenang tempat pertama telah menaikkan ikan jenis Patin dengan berat berjumlah 8.240 kg.

 

Johan bagi program ini merupakan En. Hafiq yang berjaya membawa pulang wang sebanyak RM 500.00 manakala En. Rezeki Anak merangkul naib johan dan tempat ketiga dengan memenangi RM 200.00 dan RM 100.00 serta saguhati iaitu sebanyak RM 50.00 untuk 4 tempat, iaitu En. Fahmy Farkhan, En. Fadzly dan En. Sheikh Ahmad.

 

Cetusan ilham oleh kepimpinan di Universiti Putra Malaysia dengan diterajui oleh Pusat Kokurikulum telah melahirkan Kursus Kokurikulum Berkredit Memancing yang diyakini dapat melahirkan pelajar berketrampilan tinggi, mempunyai peribadi yang terpuji serta jati diri yang jitu dengan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah yang dijalankan, maka Kelab memancing UPM menjalankan dan melaksanakan program Pertandingan Memancing Tertutup UPM 2019 seiring dengan matlamat Universiti Putra Malaysia yang mahukan pelajar yang berdaya saing dan berketerampilan melalui pembelajaran berterusan.

 

Maka dengan ini, segala objektif yang ingin dicapai dalam menganjurkan program ini, telah tercapai dengan jayanya. Fasilitator serta pihak Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar telah memainkan peranan penting dalam kejayaan program ini.

Tarikh Input: 13/05/2019 | Kemaskini: 13/05/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETUA2~