Bengkel Muzik Sambil Kitar Semula Bersama Orang Orang Drum Theatre Di UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Bengkel muzik sambil kitar semula bersama Orang Orang Drum Theatre di UPM

Bengkel muzik sambil kitar semula bersama Orang Orang Drum Theatre di UPM

Oleh : Arsyad Bin Yusnan

Sikap menggunakan bahan terpakai atau mengitar semula adalah sikap yang sangat penting bagi setiap insan yang berinovatif lebih-lebih lagi dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi, program yang diadakan oleh kelas Kursus Asas Muzik Cak Lempong (QKB2106) Kumpulan 1, Semester Kedua Sesi 2020/2021, terbukti mendapat sambutan meriah daripada golongan belia dan komuniti luar melalui bilangan jumlah peserta yang banyak berjaya dapat dikumpulkan pada hari berlangsungnya bengkel live di Facebook.

Tetamu pengendali program bengkel di alam maya ini ialah Zyee Leow bersama dengan Boyz Chew daripada Orang-Orang Drum Theatre (OODT) dan mereka merupakan Timbalan Pengarah Artistik (Zyee) dan Pengarah (Boyz) bagi Orang-Orang Drum Theatre dari Selangor, secara keseluruhannya, OODT menggunakan konsep dan prinsip yang menggabungkan teknik-teknik perkusi, irama, vokal, gerak-geri badan dan elemen teater dalam menghasilkan sebuah genre seni teater perkusi dalam persembahan-persembahan mereka.

Dalam bengkel muzik yang telah diadakan pada pagi hari Sabtu yang lepas, setelah majlis pembukaan, Zyee Leow dan Boyz Chew memulakan tutorial bengkel dengan menunjukkan beberapa jenis gendang (‘drum’) yang dimiliki mereka serta memperkenalkan nama-nama gendang tersebut misalnya ShiGu, dan mereka juga menunjukkan beberapa gendang yang telah dihasilkan daripada bahan buangan, seterusnya Zyee Leow dan Boyz Chew memulakan tutorial menghasilkan gendang menggunakan beberapa bahan buangan kitar semula seperti bekas plastik kuih raya, baldi, getah, dan penyepit kayu.

Gambar1. Zyee Leow dan Boyz Chew memainkan irama perkusi.

 

Gambar 2. Zyee Leow dan Boyz Chew mengajar mengaplikasikan gabungan irama.

 

Setelah sesi tutorial menghasilkan gendang oleh Zyee Leow dan Boyz Chew, mereka memberikan beberapa petua dan juga menerangkan beberapa limitasi dalam penghasilan alat muzik perkusi, seterusnya mereka mengajarkan beberapa irama yang mudah dimainkan oleh para peserta, diikuti dengan demostrasi gabungan irama tersebut, sesi Q&A serta penunjukan semua alat muzik yang dimiliki OODT sekarang.

Gambar 3. Zyee Leow dan Boyz Chew memberi petua tentang penggunaan alat muzik dan nasihat tentang pengendalian alat muzik perkusi.

 

Kelihatan besarnya bilangan peserta yang terlibat dalam program bengkel ini, iaitu sebanyak 375 orang peserta yang terdiri daripada 41 orang mahasiswa-mahasiswi daripada kursus Asas Muzik Cak Lempong (QKB2106) Kumpulan 1, seorang fasilitator, seorang fasilitator khas kokurikulum, dua orang pengendali bengkel, dan selebihnya adalah daripada peserta awam dari kalangan mahasiswa-mahasiswi dan juga kalangan netizen di Facebook Malaysia.

Gambar 4. Sesi bergambar peserta besama Zyee Leow dan Boyz Chew.

 

Program atas talian bertempoh sepanjang dua hari yang terdiri daripada bengkel muzik dan pertandingan kuiz kahoot pada pagi hari Sabtu (19 Jun) serta majlis penutup, persembahan bermain alat muzik yang dihasilkan, dan penyampaian hadiah pada petang hari Ahad (20 Jun) dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa dengan ucapan perasmian beliau semasa majlis penutupan program Bengkel Muzik: “Rhythm of The Recyclables” di Facebook Live dengan harapan bahawa program yang memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat ini dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa hadapan serta menaikkan nama UPM di seluruh Malaysia.

Gambar 5. Pertandingan kuiz Kahoot.

 

Disediakan oleh :

NAMA : ARSYAD BIN YUSNAN

TARIKH: 26 JUN 2021

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdUAC~