Hari Kemerdekaan Ke-51 Republik Mauritius | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Hari Kemerdekaan ke-51 Republik Mauritius

Hari Kemerdekaan ke-51 Republik Mauritius

Y.Bhg. Datin Naib Canselor, Pengarah PKPP dan staf PKPP menghadiri majlis makan malam bersama Kedutaan Mauritius di Hotel Ritz Carlton KL, sempena 51st Independence Day of the Republic of Mauritius, pada 19 Mac 2019. Tetamu Kehormat ialah YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Majlis juga dihadiri duta2 negara2 luar ke Malaysia, usahawan, selain rakyat Mauritius yang berada di Malaysia.

Dalam majlis ini, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM telah diberi penghormatan bila menerima Award of Recognition (mewakili UPM) daripada Pesuruhjaya Tinggi Mauritius ke Malaysia, Hon. Issop Patel sebagai penghargaan ke atas hubungan baik dan jaringan kerjasama antara UPM dan Mauritius sejak 1996. Pelbagai program telah dilaksanakan antara UPM dan Mauritius termasuklah pertukaran pelajar, mobiliti, khidmat masyarakat, program multi budaya, penyelidikan, seminar, program anak angkat, dan sebagainya.

Selain Datin NC dan Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Paramasivam Muthusamy, wakil UPM yang hadir termasuklah Timbalan Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir, Pengarah CoSComm, Prof. Madya Dr. Azmawani, Ketua Penerbit UPM, Pn. Kamariah, serta staf PKPP dan CoSComm.

Tarikh Input: 20/03/2019 | Kemaskini: 20/03/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZVAu~