Hidup Selamat Melalui Asas Ikhtiar Hidup, Tingkat Pengetahuan Dan Kesedaran | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Hidup Selamat Melalui Asas Ikhtiar Hidup, tingkat pengetahuan dan kesedaran

Hidup Selamat Melalui Asas Ikhtiar Hidup, tingkat pengetahuan dan kesedaran

Hidup Selamat Melalui Asas Ikhtiar Hidup, tingkat pengetahuan dan kesedaran

Oleh: Aida Nasuha, Nur Atiqah Ashreena

SERI KEMBANGAN 4 Mei,- Perkongsian ilmu pengetahuan  tentang asas pengembaraan telah berjaya menarik minat para pelajar dan ini terbukti  seramai 32 Orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua melibatkan diri dalam Program Eksplorasi Asas Ikhtiar Hidup anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar UPM Kursus Asas Kembara (QKS212) Kumpulan 2 dengan kerjasama SMK Taman Desaminium, Seri Kembangan, Selangor.

   Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Desaminium,Puan Wan Shamsiah binti Wan Yusoff berkata,program Asas Ikhtiar Hidup sebegini sememangnya perlu diadakan bagi memastikan generasi milenia masa kini cakna tentang kesedaran dan kepentingan asas ikhtiar hidup serta program ini mampu menampilkan,menyemai,dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia.

    Beliau berkata,asas ikhtiar hidup ini juga penting untuk semua pelajar bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku diluar jangkaan yang memerlukan kepada kemahiran asas ikhtiar hidup.Hal ini kerana setiap individu yang menceburkan diri dengan kegiatan aktiviti luar berhadapan dengan cabaran dan risiko.

  “Ini adalah sebahagian usaha pihak universiti Putra Malaysia dalam memastikan setiap individu terutamanya golongan remaja yang menjadi sasaran untuk dipupuk pengetahuan tentang asas ikhtiar hiup ini sejak dari awal lagi.”katanya sewaktu majlis penutup Prgram Asas Ikhtiar Hidup .

   Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah Ice Breaking, Orientering, Ikatan dan simpulan, Pioneering(membina gajet), memasang khemah, Light the fire and cook dan bermacam-macam lagi aktiviti menarik dalam kumpulan diadakan untuk semua para pelajar yang terlibat dalam program ini.

  “Program ini mampu memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan tentang pengembaraan kepada para pelajar SMK Taman Desaminium seterusnya meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap kepentingan asas ikhtiar hidup bagi menghadapi pelbagai cabaran di luar sana dalam meniti era globalisasi ini,” kata En Azlan Bin Ibrahil , Pegawai pemantau Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar yang turut hadir semasa upacara perasmian penutup di Dewan Terbuka SMK Taman Desaminium.

Tarikh Input: 15/05/2019 | Kemaskini: 15/05/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZSAb~