Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru UPM Menarik 300 Peserta Termasuk 2 Regu Dari Indonesia | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru UPM menarik 300 peserta termasuk 2 regu dari Indonesia

Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru UPM menarik 300 peserta termasuk 2 regu dari Indonesia

Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru UPM menarik 300 peserta termasuk 2 regu dari Indonesia

 

Oleh: Mas Aisya Sofea binti Nor Azman

SERDANG 8 Disember – Seramai 300 peserta sepak takraw dari Johor, Melaka, Lembah Klang, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan juga Indonesia telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru UPM 2019 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Kursus Kokurikulum Berkredit (QKS2109) dengan kerjasama Pusat Sukan UPM dan  Syarikat FENHAS.

            Kejohanan Sepak Takraw ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar terlibat menimba pengalaman menguruskan kejohanan besar dengan penyertaan seramai 56 regu, termasuk 2 regu daripada Universiti Nasional Jakarta, Indonesia. Selain itu, kejohanan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar UPM dalam merancang dan mengurus tadbir sesuatu kejohanan.

            Pengarah Program, Zamri bin Hamat, mengakui bahawa penganjuran kejohanan telah mencapai objektif apabila dijalankan tanpa sebarang masalah. “Saya fikir kejohanan hari ini boleh dianggap berlangsung dengan jayanya apabila mampu menarik pasukan-pasukan sepak takraw dari seluruh pelosok Malaysia dan Indonesia,” katanya.

            Program keusahawanan juga telah dijalankan semasa kejohanan berlangsung oleh Muhammad Shahrul Akmal, seorang pelajar QKS2109 bagi membantu dalam penjanaan tunai dalam Program Komuniti yang dijalankan. Kejohanan ini juga telah mendapat penajaan tunai lebih kurang RM1000 daripada pihak pensendirian dan penajaan peralatan seperti bola takraw dan jaring net daripada pihak Syarikat FENHAS.

            Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Razizi Hj. Midin yang mewakili Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar.

Juara bagi kejohanan ini, iaitu regu STSZ, telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM700, sementara naib juara, iaitu regu MBPJ, meraih wang tunai RM500 dan regu Putra Perdana dan regu UPM mendapat tempat ketiga bersama.

Tarikh Input: 23/12/2019 | Kemaskini: 23/12/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZMAn~