Kem Daie Cilik (KEMDEC) 2019 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Kem Daie Cilik (KEMDEC) 2019

Kem Daie Cilik (KEMDEC) 2019

SAMBUTAN MESRA IBU BAPA TERHADAP PROGRAM CUTI SEKOLAH
Kem Daie Cilik , beri manfaat kepada 80 kanak-kanak setempat

oleh : Mirza Syahmi , Nurin Syahirah , Izzah Fatihah

Puncak Jalil , 15 Disember - Program cuti sekolah semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat bagi mengisi masa anak-anak dengan perkara bermanfaat dan berilmiah dan ini terbukti dengan penyertaan yang menggalakkan Kem Daie Cilik (KEMDEC) anjuran pelajar kursus Pengurusan Masjid UPM dengan kerjasama Surau Nurul Iman , Taman Puncak Jalil.


Peserta yang terlibat dalam program KEMDEC ini kebanyakan terdiri daripada kanak-kanak yang berumur dari enam hingga 13 tahun dan mereka menyertai program tersebut atas saranan ibu bapaatau penjaga mereka dengan harapan mereka dapat menimba ilmu baru terutamanya dari aspek tauhid , akidah dan ibadah.


Penganjur program KEMDEC ini terdiri daripada pelajar UPM yang mengambil kursus Pengurusan Masjid (QKW2110) telah menjalankan program ini dengan bantuan penyelia kumpulan ini , Encik Zainul Luqman bin Zainul Ikhwan yang juga telah mencurahkan segala ilmu pengetahuan kepada peserta kursus sepanjang tahun ini sebelum program ini diadakan.


Penganjuran program ini dirancang sepenuhnya oleh pelajar bermula daripada pemilihan lokasi program sehingga kepada penghasilan modul program yang mana perkara ini dapat memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan masyarakat serta mengasah kemahiran insaniah dalam diri pelajar itu sendiri.


Sambutan yang ditunjukkan oleh golongan ibubapa dan penjaga berkenaan program seperti ini amat menggalakkan dan mereka berharap program seperti KEMDEC ini akan lebih banyak lagi dianjurkan bagi mengisi masa lapang anak-anak mereka dengan penambahan ilmu agama.

Tarikh Input: 16/01/2020 | Kemaskini: 16/01/2020 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdWAn~