MENGENALI PERANAN POSISI PEMAIN BOLA TAMPAR MELALUI VIDEO KREATIF PELAJAR UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » MENGENALI PERANAN POSISI PEMAIN BOLA TAMPAR MELALUI VIDEO KREATIF PELAJAR UPM

MENGENALI PERANAN POSISI PEMAIN BOLA TAMPAR MELALUI VIDEO KREATIF PELAJAR UPM

Permainan Bola Tampar merupakan satu sukan yang seringkali diadakan di peringkat sekolah mahupun universiti. Permainan ini amat popular dikalangan orang muda mahupun kanak-kanak. Ianya terbukti apabila Program Peranan Posisi Pemain Bola Tampar telah mendapat sambutan meriah daripada para pelajar dan orang luar yang telah dianjurkan oleh QKS2120 Bola Tampar Kumpulan 2 Universiti Putra Malaysia.

Mohd Akashah bin Shamshuddin yang merupakan Pengarah Projek Program Peranan Posisi Pemain Bola Tampar menyatakan bahawa program seperti ini dapat memupuk semangat kesukanan antara pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bola tampar. Permainan bola tampar mementingkan sifat bekerjasama yang tinggi antara pemain sekaligus memberi impak yang positif terhadap setiap pemain untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Tambahan lagi, beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli kelab QKS2120 Bola Tampar Kumpulan 2 atas usaha mereka dalam melakukan produksi video kreatif setiap posisi pemain bola tampar dan peranan mereka. Hal ini kerana, bukan mudah untuk menyiapkan setiap video bagi memudahkan para peserta program untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai peranan posisi pemain bola tampar. Jutaan terima kasih daripada beliau kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli kelab dalam menjayakan program sehingga dapat mencapai objektif program ini.

“Program komuniti seperti ini merupakan program yang diadakan setiap tahun oleh kelab Bola Tampar UPM bagi memupuk minat dan sifat ingin tahu kepada anak-anak muda di luar sana mengenai permainan bola tampar seperti tatacara, kemahiran, peraturan dan kesalahan yang kerap diadakan di dalam gelanggang bola tampar”, katanya semasa berucap melalui aplikasi Google Meet yang telah dihadiri seramai 100 peserta pada hari kejadian.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah siaran video setiap kumpulan posisi pemain bola tampar seperti Libero, Setter, Wing Spiker, Opposite Hitter dan Middle Blocker. Hasil video pelajar QKS2120 Kumpulan 2 menekankan aspek peraturan, sifat pemain posisi yang perlu ada, teknik dan cara bermain serta kesalahan yang sering dilakukan oleh posisi tersebut. Pengenalan terhadap video posisi setiap pemain bola tampar telah disampaikan oleh ketua kumpulan bagi setiap posisi seperti Libero dan Setter oleh Muhammad Hazwan bin Hanafi dan Ainul Fariha binti Sabarud-din manakala bagi Wing Spiker, Opposite Hitter dan Middle Blocker, masing-masing telah disampaikan oleh Chia Ting Wei, Nurnabilah binti Yatiman dan Hanan binti Ibrahim.

“Program Peranan Posisi Pemain Bola Tampar mampu memberi pendedahan secara jelas dan mudah difahami untuk memberi peluang kepada para pelajar dalam memahami dengan mendalam tentang setiap peranan posisi setiap pemain bola tampar secara betul dan berkesan. Ia juga dapat memupuk minat para pelajar mengenai permainan bola tampar ini sekaligus dapat mengamalkan gaya hidup sihat.” Kata Encik Bukryman bin Sabri, Penyelaras Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia, yang turut hadir bagi merasmikan Program Peranan Posisi Pemain Bola Tampar yang diadakan melalui Google Meet.

Gambar 1: Ucapan pembukaan program komuniti daripada emcee dan seterusnya ucapan perasmian oleh Encik Bukryman bin Sabri, Penyelaras Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia.

 

Gambar 2: Video gimik Program Peranan Posisi Pemain Bola Tampar ditayangkan kepada umum.

 

Gambar 3: Antara video tayangan oleh ahli kumpulan setiap posisi pemain bola tampar.

 

Gambar 4: Ahli-ahli QKS2120 Kumpulan 2 bergambar selepas tamat program pada hari tersebut.

Tarikh Input: 06/08/2021 | Kemaskini: 06/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEQUAe~