PELAJAR BAKTI SISWA UPM PERERAT HUBUNGAN KOMUNITI KAMPUNG DATO AHMAD RAZALI, DENGKIL | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » PELAJAR BAKTI SISWA UPM PERERAT HUBUNGAN KOMUNITI KAMPUNG DATO AHMAD RAZALI, DENGKIL

PELAJAR BAKTI SISWA UPM PERERAT HUBUNGAN KOMUNITI KAMPUNG DATO AHMAD RAZALI, DENGKIL

PELAJAR BAKTI SISWA UPM PERERAT HUBUNGAN KOMUNITI KAMPUNG DATO AHMAD RAZALI, DENGKIL

Oleh : Siti Hajar Hajanan

SEPANG 21 Disember, – Hubungan komuniti di kawasan kampung pinggir bandar perlu dipereratkan lagi dengan pelbagai program dan pengisian agar tidak ketinggalan jauh dengan arus permodenan. Menggambil tanggungjawab itu, 30 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah turun padang dengan mengadakan Program Cakna Komuniti Bakti Siswa Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN Dengkil) Yang Berhormat Adhif Shan Abdullah menyatakan, Program Cakna Komuniti Bakti Siswa seperti ini harus dilakukan dengan lebih kerap agar bukan sahaja jalinan antara komuniti kampung itu akan menjadi lebih baik, malah hubungan komuniti kampung tersebut bersama komuniti luar juga akan terjalin. Komuniti setempat juga akan mendapat kebaikan, seperti perkongsian ilmu pengetahuan berkaitan teknologi yang baharu hasil daripada jalinan hubungan tersebut.

 

Beliau berkata, dalam mendepani arus pemodenan, komuniti kampung yang berada di pinggir bandar seperti Kampung Dato Ahmad Razali yang berjiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya itu perlu menggambil manfaat daripada pembangunan tersebut selari dengan perkembangan semasa.

 

 “Saya bagi pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dengkil mengalu-alukan dan amat berbesar hati dengan kesudian pelajar-pelajar UPM mengadakan program ini di Kampung Dato Ahmad Razali ini yang sedikit sebanyak dapat berkongsi maklumat yang mampu membuka mata anak-anak muda kampung ini tentang peluang-peluang yang harus direbut di luar sana,” katanya semasa upacara perasmian Program Cakna komuniti Bakti Siswa UPM di Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil yang dihadiri kira-kira 250 orang penduduk kampung semalam.

 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah Senam Sihat Bersama Komuniti, Bersunat Beramai-Ramai (Sunathon 2.0), Perkongsian Ilmu Berkaitan UPM, Program gotong-royong membersihkan sekitar pusat komuniti kampung, Sukan Rakyat dan Program Back to School (Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor) yang turut terbuka kepada semua termasuklah orang luar.

 

 “Program seperti ini amat-amat memberi manfaat kepada komuniti kampung kerana dapat menjalin hubungan dengan komuniti luar seperti pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang sudi berkerjasama dengan jawatankuasa kampung untuk mengadakan pelbagai program,” kata Encik Azman Mohd Anawar, Pengerusi MPKK Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil yang turut hadir semasa upacara perasmian di Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil.

Tarikh Input: 06/01/2020 | Kemaskini: 06/01/2020 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEXPAV~