PELAJAR KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UPM MEMARTABATKAN SENITARI MELAYU BERSAMA KOMUNITI SECARA MAYA | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » PELAJAR KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UPM MEMARTABATKAN SENITARI MELAYU BERSAMA KOMUNITI SECARA MAYA

PELAJAR KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UPM MEMARTABATKAN SENITARI MELAYU BERSAMA KOMUNITI SECARA MAYA

Oleh: Ardila Misman

Komuniti dan orang ramai kurang didedahkan dengan sejarah senitari melayu yang kini semakin dilupakan masyarakat. Oleh yang sedemikian, Program Komuniti Telisik Tari Bertemakan “MERAK RATNA SI TARI MELAYU” anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar dianjurkan.

Program ini bertujuan untuk membentuk mahasiswa dan mahasiswi mengenali budaya seni tari masyarakat Melayu dan sekaligus membantu mereka untuk mengetahui asas seni tari masyarakat Melayu yang antaranya terdiri daripada asli, inang, joget dan zapin serta membantu dalam memartabatkan seni warisan Melayu yang kini semakin ditelan zaman.

Menurut Encik Muhammad Syukran bin Rosli yang merupakan tetamu jemputan bagi upacara perasmian penutup program ini, beliau berharap program seperti ini diperbanyakkan lagi bagi memperkenalkan tarian melayu kepada masyarakat terutamanya yang langsung tidak mengenali tarian tradisional budaya kita. “Walaupun mereka tidak mungkin akan menjadi mahir hanya dengan mempelajari satu jenis tarian serta slot bimbingan yang terhad, namun perkara ini tidak menjadi penghalang untuk memupuk minat mereka dalam tarian tradisional seterusnya menjadikan ia sebagai pengalaman, kenangan manis dan dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari untuk tatapan masa hadapan” katanya lagi.

Program seperti ini dapat dijadikan pengalaman bagi setiap peserta untuk menimba pengetahuan dan menunjukkan sikap kerjasama berkumpulan di sepanjang aktiviti yang dijalankan. Program seperti ini juga dapat diadakan berterusan agar perasaan sayangkan dan menghargai budaya Melayu dapat ditanam didalam diri.

Gambar 1. Tarian daripa peserta-peserta.

 

Disediakan oleh : 

NAMA : ARDILA FITRI BINTI MISMAN

TARIKH: 20 JUN 2021

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 25/12/2022 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETWAj~