Pertandingan Bola Sepak Jemputan Veteran IPTA Piala Pusingan Pengarah PKPP 2019 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Pertandingan Bola Sepak Jemputan Veteran IPTA Piala Pusingan Pengarah PKPP 2019

Pertandingan Bola Sepak Jemputan Veteran IPTA Piala Pusingan Pengarah PKPP 2019

UTeM merangkul Piala Pusingan bagi Pertandingan Bola Sepak Jemputan Veteran IPTA Piala Pusingan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar 2019

Oleh : Fahim Adlin Muhamad

SERDANG 7 Disember 2019, - Bertempat di padang bola sepak A, padang bola sepak Kolej 14 dan Stadium UPM, telah diadakan satu Pertandingan Bola Sepak Jemputan Veteran IPTA Piala Pusingan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar 2019. Kejohanan ini telah di anjurkan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama kelab bola sepak UPM, Pusat Sukan, Pusat Kesihatan dan Pihak Keselamatan UPM.

 

Penganjuran ini adalah kolaborasi di antara pelajar kelas kumpulan 1 dan 2 koko bola sepak(QKS2101) dan kelab bola sepak UPM. Sebanyak 8 pasukan telah dijemput untuk  pertandingan ini dan yang disertai adalah dikalangan Universiti Awam iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang (USM P. Pinang), Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (USM K. Kerian), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi MARA (UITM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Kejohanan ini telah telah menawarkan hadiah berupa wang tunai, piala pusingan dan juga piala iringan. Pada peringkat awal, pasukan dibahagikan kepada kumpulan dan seterusnya ke peringkat separuh akhir dan pemenang akan maju ke perlawanan akhir.

 

Pasukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menjuarai kejohanan ini dengan mengalahkan pasukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan jaringan gol 1-0.

Hasil dari penganjuran pertandingan ini, pelajar telah mendapat satu pengalaman yang amat berguna untuk digunakan pada masa depan. Antara pengalaman yang diperolehi adalah membuat perancangan, mesyuarat dengan wakil dari kelab bola sepak UPM, mencari pasukan, dan mencari penaja. Sepanjang aktiviti ini juga pelajar terlibat secara langsung dari mula sampai akhir program. Komitmen pelajar terhadap program ini sungguh memuaskan hati fasilitator dan juga pihak koko UPM.

Tarikh Input: 09/01/2020 | Kemaskini: 09/01/2020 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZWAZ~