Program Aspirasi Teater | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Program Aspirasi Teater

Program Aspirasi Teater

40 0rang kanak-kanak orang asli  meriahkan Aspirasi Teater di Broga, Semenyih Program Aspirasi Teater, erat jalinan komuniti

Oleh: Hazlan Shahidin

 

SEMENYIH 21 Desember, – Teater Tradisi bangsawan semakin dikenali dan mendapat tempat di hati dalam kalangan pelbagai peringkat umur dan ini terbukti dengan sambutan meriah daripada anak-anak orang asli penduduk Kampung orang Asli Broga yang menyertai Program Aspirasi Teater anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar dan Teater Tradisi Bangsawan (QKB2111) kumpulan 1 semester 1 sesi 2019/2020 dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli daerah Hulu Langat, Selangor.

Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli daerah Hulu Langat Ecik Mohd Nor berkata, Program Aspirasi Teater tersebut diadakan bagi menanam minat anak Orang Asli dalam menuntut ilmu di samping mengeratkan hubungan siswa dengan masyarakat desa dan memberi pendedahan tentang kewujudan teater tradisi bangsawan kepada anak Orang Asli.

Beliau berkata, saya berasa bangga kerana sedikit sebanyak dapat membantu menaik taraf hidup masyarakat setempat dengan perkongsian ilmu bersama anak-anak Orang Asli,” katanya.

“Ini adalah sebahagian usaha Jabatan Kemajuan Orang Asli dengan kerjasama UPM untuk menonjolkan dan mengasah bakat dalam kalangan anak Orang Asli serta menyemai minat mereka terhadap teater secara praktikal dan memberikan mereka pengalaman yang berharga,” katanya semasa upacara perasmian Program Aspirasi Teater di Kampung Orang Asli Broga Semenyih yang dihadiri oleh kira-kira 40 orang kanak-kanak Orang Asli semalam.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pertandingan “ice breaking’, “fun game”, asas lakonan 1,2,3, pertandingan penglipur lara  dan bermacam-macam lagi aktiviti kepada anak-anak Orang Asli.

“program ini mampu memberi pendedahan dan mendidik para pelajar dan orang Orang Asli tentang kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kerja berkompulan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, diharapkan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar dalam mengendalikan sesuatu program yang melibatkan komuniti yang ramai  dan mampu melahirkan pemimpin yang berintektual tinggi serta berdaya saing yang unggul dalam pelbagai bidang ,” kata wakil Majlis Perbandaran Kajang En Hanafi b Jamaluddin yang turut hadir semasa upacara perasmian di Dewan Komuniti Orang Asli Broga Semenyih.

Tarikh Input: 09/01/2020 | Kemaskini: 09/01/2020 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdMAz~