Program Kelestarian Alam Memberi 1001 Makna Kepada Pelajar Sekolah Dan Mahasiswa UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Program Kelestarian Alam memberi 1001 makna kepada pelajar sekolah dan mahasiswa UPM

Program Kelestarian Alam memberi 1001 makna kepada pelajar sekolah dan mahasiswa UPM

Program Kelestarian Alam memberi 1001 makna kepada pelajar sekolah dan mahasiswa UPM

Oleh : Syifaa Rahman

BENTONG 22-24 November 2019 - Program Kelestarian Alam telah berlangsung dengan jayanya dan meriah melalui penglibatan daripada para pelajar SMA Ar-Raudhah An Nabawiyah dan 29 orang mahasiswa daripada kursus Asas Kembara (QKS2121) Kumpulan 1 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Sekolah Menengah Agama Ar-Raudhah An Nabawiyah.

 

           Pengarah Program Kelestarian Alam, Muhd. Najmuddin berkata program ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial serta etika berinteraksi dengan masyarakat luar terutama pelajar sekolah di samping memelihara alam sekitar dengan membersihkan kawasan sekitar sungai supaya sentiasa bersih dan terpelihara.

 

           Beliau turut berkata walaupun program ini pertama kali diadakan di sekolah ini namun para pelajar dan guru SMA Ar-Raudhah An Nabawiyah menyambut baik dengan penuh kegembiraan akan kedatangan para mahasiswa daripada kursus Asas Kembara (QKS2121) Kumpulan 1, UPM Serdang.

 

            “Ini juga merupakan usaha pihak universiti untuk mengukuhkan ukhuwah antara pelajar dan masyarakat luar dengan mengadakan program komuniti seperti ini di samping menerapkan kemahiran insaniah dalam diri setiap mahasiswa,” katanya semasa majlis penutup program ini di Janda Baik, Bentong, Pahang yang diadakan selama 3 hari 2 malam.

 

            Terdapat beberapa aktiviti menarik yang telah dijalankan pada hari kedua iaitu hari Sabtu antaranya Orienteering bersama para pelajar mengenai cara bacaan kompas, cara pemasangan khemah, masakan asas kembara ‘Roti Lilit’, aktiviti riadah dan banyak lagi.

 

            “Program ini dapat memberi serba sedikit pengalaman baru kepada pelajar SMA Ar-Raudhah An Nabawiyah mengenai teknik dalam asas kembara serta membolehkan para pelajar Asas Kembara Kumpulan 1 menjalankan aktiviti di kawasan yang nyaman dan bersih seperti di kawasan Janda Baik ini,” kata Fasilitator Asas Kembara (QKS2121) Kumpulan 1 Encik Wan Ruzailan b. Wan Daud pada majlis penutup di Surau SMA Ar-Raudhah An Nabawiyah.

Tarikh Input: 26/12/2019 | Kemaskini: 26/12/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdRAK~