Program Komuniti Ceria Fasa IV | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Program Komuniti Ceria Fasa IV

Program Komuniti Ceria Fasa IV

PROGRAM KOMUNITI CERIA FASA IV

Oleh: Zal-Hazmi Bin Mohmmad Zin

SERDANG , 7 dan 8 Disember – Program Komuniti Ceria Fasa IV yang telah berlangsung selama 2 hari telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kawasan perumahan Taman Sri Serdang Fasa IV. Program ini adalah hasil  gabungan daripada 2 kumpulan kokurikulum berkredit iaitu  kumpulan pengurusan taman ( QKH 2101 ) yang diketuai oleh saudari Nurin Nazurah Binti Nadzrene. Program yang telah dirancang ini telah berlangsung dengan jayanya

Objektif pelaksanaan Program Komuniti Ceria Fasa IV adalah untuk memupuk nilai kerjasama dalam kalangan pelajar. Nilai ini dapat dilihat jelas sekali ketika program apabila pelajar dan penduduk saling bekerjasama untuk melakukan aktiviti gotong royong. Maklum balas yang diterima daripada Persatuan Penduduk Taman tersebut amat memuaskan. Ini bermakna, para pelajar telah melaksanakan tugas masing-masing dengan baik sekali.

Program yang telah berlangsung ini telah disertai oleh seramai 53 orang pelajar. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya tugas akan berjalan dengan lancar. Antara tugas yang dilaksanakan ialah mengecat pagar, memasang rumput karpet, membersihkan surau dan pelbagai lagi. Tidak ketinggalan juga aktiviti untuk kanak-kanak kawasan perumahan tersebut. Aktiviti sukaneka turut diadakan untuk menarik minat kanak-kanak supaya turut serta dalam program ini.

En Mohd Nor, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Fasa IV, beliau menyarankan agar program ini sentiasa berterusan pada masa yang akan datang kerana program ini memberi impak yang positif kepada masyarakat. Hubungan silaturahim antara penduduk taman ini akan menjadi lebih erat jika program ini terus berjalan pada masa hadapan. Beliau juga amat berterima kasih dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

Program Komuniti Ceria Fasa IV ini mampu memberi pelbagai ilmu dan pendedahan yang baru kepada pelajar supaya kelak akan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat seterusnya akan mewujudkan suasana yang harmoni dalam negara kita.

Tarikh Input: 07/01/2020 | Kemaskini: 07/01/2020 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXESJAH~