Program Syoknya Kembara 2019 Aspirasi Pelajar | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Program Syoknya Kembara 2019 aspirasi pelajar

Program Syoknya Kembara 2019 aspirasi pelajar

Program Syoknya Kembara 2019 aspirasi pelajar

Oleh: Nurul Ashiqin dan Nurul Farahani

HULU LANGAT 29 November, – Program yang berteraskan asas ikhtiar hidup ini merupakan salah satu aktiviti memenuhi masa lapang dan dapat merehatkan fikiran para peserta yang menyertai program ini. Hal ini terbukti apabila Program Syoknya Kembara 2019 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dengan kerjasama Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam yang berlangsung selama tiga hari dua malam di D’Sungai Lepoh Chalet & Kem telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar UPM khususnya pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Asas Kembara (QKS2121) dan juga anak-anak angkat Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad.

            Pengasas Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam, Dato’ Seri Dr. Baharuddin Bin Abu telah menekankan bahawa aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung dapat meningkatkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan sikap tolong-menolong di dalam diri anak-anak dari keluarga besar Norlina Alawi Berhad.

            Beliau berkata bahawa program seperti ini dapat menambah ilmu pengetahuan  serta pengalaman yang baru seperti mempelajari asas ikhtiar hidup yang merupakan sesuatu perkara yang baru untuk semua peserta.

            “Saya menyeru kepada semua pelajar dan peserta untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawan agar semangat kesukarelawan dapat dicapai demi kebaikan semua,” katanya semasa majlis perasmian Program Syoknya Kembara 2019 di Hulu Langat pada 1 Disember 2019.

            Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung termasuklah orienteering, aktiviti ikatan dan simpulan, pioneering, aktiviti memasak, jungle trekking dan pelbagai aktiviti lain.

            “Saya ingin menyeru kepada semua pelajar yang terlibat dengan Program Syoknya Kembara ini agar dapat bersama-sama meningkatkan jati diri masing masing dan saya juga mengharapkan ilmu baharu yang disampaikan kepada anak anak dari Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya,” kata Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa, Timbalan Pengarah Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM yang turut hadir semasa majlis perasmian di Dewan D’Sungai Lepoh Chalet & Kem.

Tarikh Input: 23/12/2019 | Kemaskini: 23/12/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdGAc~