Putra Stage: Calling For Fighters | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Putra Stage: Calling For Fighters

Putra Stage: Calling For Fighters

Pupuk Sikap Berani Mahasiswa dalam Putra Stage: Calling For Fighters

Oleh: Nur Aqilah binti Sepuan


FOYER KOMPLEKS AKADEMIK A, UPM 8 Disember, Seni mempertahankan diri merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan satu kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata. Seni bela diri telah lama wujud dan terdapat di serata dunia. Terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Antaranya ialah silat, taekwando, karate dan sebagainya. Seni mempertahankan diri ini amat penting untuk dipelajari oleh semua golongan tanpa mengira usia dan jantina. Ini dapat dibuktikan apabila serama 34 orang peserta daripada 3 buah universiti telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Kelas Pengenalan Asas Silat Gayong, UPM (QKW 2101) dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar. Tiga buah universiti yang terlibat ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Malaysia – France Institute (MFI).

 

Program yang bertemakan ‘Pencak Silat, Warisan Pusaka’ ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal dalam ilmu persilatan yang dipelajari dan digarap sepanjang pelaksanaan program kokurikulum dan menerapkan ilmu pengetahuan tentang seni silat warisan pusaka tercinta. Selain itu, program ini juga berpeluang untuk meningkatkan keberanian dan keyakinan dalam diri pelajar untuk menyertai pertandingan silat. Hal ini demikian kerana majoriti peserta yang menyertai pertandingan merupakan pelajar tahun satu dan masih baharu dalam ilmu persilatan.



Program yang berlangsung ini turut dihadiri oleh pelajar dari UPM bagi menyaksikan perlawanan silat telah memeriahkan lagi acara. Bagi keseuluruhan pertandingan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi juara pertandingan diikuti dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai naib johan dan Malaysia-France Institute (MFI) meyandang tempat ketiga. Program ini juga telah menyemai sikap berkawan dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat dilihat apabila setelah program tamat, semua peserta saling bertegur sapa antara satu sama lain. Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan jayanya.

 

Tarikh Input: 31/12/2019 | Kemaskini: 31/12/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETJAm~