20 TAN BATU CRUSHER RUN MENGHIASI I-AQUAS | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » 20 TAN BATU CRUSHER RUN MENGHIASI i-AQUAS

20 TAN BATU CRUSHER RUN MENGHIASI i-AQUAS

Port Dickson – Seramai 23 pelajar Universiti Putra Malaysia ( UPM ), Serdang yang mengambil kursus kokurikulum berkredit Bakti Siswa Kumpulan 8 telah menganjurkan program Re-Scape I-AQUAS di Port Dickson, Teluk Kemang, Negeri Sembilan baru-baru ini.

                      Program dianjurkan buat julung kalinya ini bertujuan untuk menyemai semangat kesukarelawanan dalam sanubari mahasiswa serta berpeluang untuk menyumbangkan bakti kepada I-AQUAS yang berada dibawah seliaan Universiti Putra Malaysia ( UPM ).

                     Menurut pengarah program, saudari Nurin Nadhirah Binti Idris, “ I-AQUAS merupakan tempat kajian pelajar yang sering dilawati namun setelah wabak Covid-19 melanda, I-AQUAS kian suram, justeru kami mengambil inisiatif dalam menghidupkan kembali suasana ceria di sekitar Kawasan tersebut. ”

                     Tambahnya lagi, “ Kami berpeluang memperkasakan lagi kemahiran insaniah yang teguh dalam diri mahasiswa sekaligus berharap semangat kesukarelawanan dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di I-Aquas. ”

                     Selaras dengan tema program iaitu “ Seribu Jiwa Membina Satu Komuniti Siswa @ UPM ” , program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini menjalankan aktiviti pembersihan dan penanaman pokok bunga dimana bahan-bahan tersebut ditaja oleh pihak I-AQUAS itu sendiri. Program ini mampu melahirkan masyarakat yang prihatin dan cakna dengan keindahan alam semulajadi serta membuang sikap vandalisme dalam kalangan para pelajar.

                    Para pelajar yang bertungkus-lumus menjayakan program ini juga dapat merasai kemanisan melakukan aktiviti amal seperti bergotong-royong membersihkan halaman rumah tetamu, menghiasi landskap I-AQUAS dengan 20 tan batu crusher run dan membersihkan kawasan sekitar pantai secara sukarela.

                  Selain itu, turut berlangsung pelbagai aktiviti menarik seperti malam kebudayaan, sukaneka dan lawatan ke Muzium Tentera yang dimeriahkan oleh mahasiswa bersama-sama fasilitator.

                 Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormati, Puan Musliyana Binti Mansor, Fasilitator Khas, Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar ( PKPP UPM ), Universiti Putra Malaysia.

                 Semoga denga apa yang dilakukan dalam program komuniti ini, kebersihan dan keceriaan I-AQUAS dapat kembali ceria dan menjadi tempat tumpuan serta kajian mahasiswa UPM.

 

 

Tarikh Input: 13/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | noralis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETNAg~