2 AHLI KLKM UPM DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA SCOUST OF THE WORLD AWARD (SWA) WORLD ORGANIZATION OF THE SCOUT MOVEMENT 2019 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » 2 AHLI KLKM UPM DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA SCOUST OF THE WORLD AWARD (SWA) WORLD ORGANIZATION OF THE SCOUT MOVEMENT 2019

2 AHLI KLKM UPM DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA SCOUST OF THE WORLD AWARD (SWA) WORLD ORGANIZATION OF THE SCOUT MOVEMENT 2019

2 AHLI KLKM UPM DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA SCOUST OF THE WORLD AWARD (SWA) WORLD ORGANIZATION OF THE SCOUT MOVEMENT 2019

 

Serdang, 23 November 2019 – Mohd Azrol Hafizi bin Azman (25 tahun) dan Atikah binti Che Ismail (23 tahun) yang merupakan calon swa sebelum ini telah berjaya dinobatkan sebagai penerima Scoust of The World Award (Anugerah Pengakap Dunia) World Organization of The Scout Movement 2019.

Anugerah tertinggi pengakap berprestij dunia ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Tuan Haji Ishak bin Mohammad Jonid pada 23 November 2019 di Iskandar Puteri Edu City, Johor Bharu, Malaysia bersempena dengan program 1st Iskandar Puteri Sustainable Development Goals International Camp 2019.

 

Hasil kejayaan 2 ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UPM yang terdiri daripada 12 orang ahli pasukan Walkside by Rovs Project adalah dengan pelaksanaan projek pembinaan laluan pejalan kaki sepanjang 100 meter yang bermula pada 9 Ogos 2018 sehingga 29 September 2018 di Jalan Mesra, Dato’ Keramat Kuala Lumpur, Malaysia dengan mengunakan kira-kira 80,000 penutup botol plastik minuman yang telah dikumpulkan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti promosi kempen pendedahan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada para pelajar sekolah dan universiti, pembersihan di jalanan, hari terbuka di karnival, sektor korporat dan media sosial yang berfokuskan kearah Pencapaian Dunia Mapan SDGs (Sustainable Development Goals) 2030 yang diguna pakai oleh semua Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Member States) bermula pada tahun 2015 antaranya; matlamat ke-3 (kesihatan & kesejahteraan yang baik), matlamat ke-9 (industri, inovasi dan infrastruktur), matlamat ke-11 (bandar dan komuniti lestari), matlamat ke-12 (penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab), matlamat ke-13 (tindakan iklim) serta matlamat ke-15 (kehidupan di darat).

 

Pasukan Walkside by Rovs Project

 

 

Tarikh Input: 03/12/2019 | Kemaskini: 03/12/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXESXAc~