BROTHERS BERGELAR JUARA DALAM KEJOHANAN BESBOL EMPAT PENJURU GOODWILL GAME UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » BROTHERS BERGELAR JUARA DALAM KEJOHANAN BESBOL EMPAT PENJURU "GOODWILL GAME" UPM

BROTHERS BERGELAR JUARA DALAM KEJOHANAN BESBOL EMPAT PENJURU "GOODWILL GAME" UPM

SERDANG 8 Januari,– Kejohanan Besbol Empat Penjuru “Goodwill Game” berjalan dengan lancar dan penuh gemilang yang melibatkan empat kelab besbol bertaraf professional anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Persatuan Besbol Malaysia.

Kejohanan yang diadakan di Padang Besbol UPM ini telah disertai oleh empat kelab besbol professional negara, yang juga pasukan dari Liga Besbol Kebangsaan iaitu Brothers, Dragons, Stars dan Wolves.

 

Naib Presiden Persatuan Besbol Malaysia (BFM), En Ahmad Yuzairy Mohamad telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup kejohanan.

Sebelum itu, dalam aksi peringkat akhir yang berlangsung pada sebelah petang menyaksikan Kelab Besbol Brothers tampil sebagai juara selepas menewaskan Kelab Besbol Dragons dengan jumlah mata 14 berbalas 3 mata.

Dalam pada itu, Ahmad Syamier Zulafif dari Kelab Besbol Brothers telah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan dan membawa pulang trofi dan hamper.

Dalam ucapan penutup, En Ahmad Yuzairy juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar kursus QKS2101 Besbol atas usaha gigih dan kerjasama yang ditonjolkan oleh semua pelajar dalam melancarkan program komuniti ini.

 

Kesemua peserta dan pelajar tampak berpuas hati dengan kejohanan berskala kecil ini dan rata-rata berpandangan bahawa aktiviti sebegini dilihat sangat menarik untuk dianjurkan pada masa akan datang di UPM.

Tarikh Input: 24/05/2023 | Kemaskini: 24/05/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETPAD~