KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE OPEN CHAMPIONSHIP SEMPENA FESTIVAL SUKAN UPM, MENYEMAT SEMANGAT KESUKANAN KOMUNITI | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE OPEN CHAMPIONSHIP SEMPENA FESTIVAL SUKAN UPM, MENYEMAT SEMANGAT KESUKANAN KOMUNITI

KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE OPEN CHAMPIONSHIP SEMPENA FESTIVAL SUKAN UPM, MENYEMAT SEMANGAT KESUKANAN KOMUNITI

SERDANG 8 Januari, – Seramai 25 kumpulan yang terdiri daripada 64 pasukan telah menyertai Kejohanan Petanque Double Open Championship sempena Festival Sukan Kokurikulum (FESKO) 2022/2023. Terdapat beberapa pasukan yang telah memenangi kejohanan ini.Di tempat Ke-8 hingga Ke-5 telah dimenangi oleh PPSB 2, RHINOS 1, DRAGON 2 dan PLP KL. Tempat Ketiga Bersama telah dimenangi oleh pasukan GKK3 dan RENTAP. Naib Johan telah dimenangi oleh pasukan PPSP 1 manakala Johan bagi Kejohanan Petanque Double Open Championship Sempena Festival Sukan UPM ialah pasukan Kelantan. Walaupun sukan petanque dilihat tidak begitu terkenal dalam kalangan masyarakat, tetapi Kejohanan Petanque Double Open Championship Sempena Festival Sukan UPM dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM yang diadakan pada Ahad, 8 Januari, telah membuktikan bahawa sukan petanque masih relevan dalam negara kita.

Penyelaras Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Encik Bukryman Sabri berkata, kejohanan petanque itu wajar diadakan supaya dapat menarik minat masyarakat terhadap sukan petanque serta dapat menggalakkan persaingan sihat sesama pemain dalam aspek kesukanan.

Beliau berkata, walaupun sukan petanque tidak begitu mendapat perhatian masyarakat dan penggemar sukan, sukan ini sebenarnya berada pada tahap yang sama dengan sukan-sukan lain. Beliau juga berkata, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM terbuka untuk memajukan sukan petanque dan terbuka memberi bantuan tidak kira dari segi kewangan ataupun pembangunan sukan petanque di UPM.

 “Sekiranya ada cadangan untuk membesarkan gelanggang petanque ataupun memerlukan bantuan kewangan, setiausaha kumpulan boleh menghantar permohanan bertulis kepada pusat kokurikulum. Insya-Allah pihak kami akan memberi pertolongan,” katanya semalam sewaktu upacara perasmian Kejohanan Petanque Double Open Championship Sempena Festival Sukan UPM.

Beliau juga berkata, pihak pusat kokurikulum juga berbangga dengan pencapaian penganjur program kerana berjaya mengendalikan kejohanan dengan jayanya walaupun kebanyakan ahli jawatankuasa program tidak pernah mengendalikan program secara terbuka yang melibatkan penyertaan daripada pihak luar.


Persiapan pembersihan dan meratakan gelanggang sebelum kejohanan diadakan.

Suasana khemah urusetia sewaktu kejohanan sedang diadakan.

 

Gambar yang diambil semasa perlawanan sedang diadakan.

 

 

Gambar Pemenang tempat pertama Kejohanan Petanque Double Open Championship Sempena Festival Sukan UPM.

Sesi fotografi ahli jawatankuasa kejohanan bersama para pemenang dan Encik Bukryman Sabri, Penyelaras

Tarikh Input: 02/03/2023 | Kemaskini: 02/03/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdRAP~